Tuesday 9 July 2013

Harussani: Jangan Rosakkan Tarawih Dengan Tazkirah ! & Tuan Ibrahim Tuan Man: Ramadhan bulan jihad

Selasa, 9 Julai 2013


Ramadhan bulan jihad



Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man,
09 Jul 2013

Ramadhan bulan jihad. Jihad melawan hawa nafsu serta jihad memenangkan perjuangan Islam. Kini Ramadhan datang kembali dalam keadaan saudara kita di Syria masih dicengkam kezaliman Regim Bashar Asad dan kuncu-kuncunya. 

Saudara kita di Mesir pula sedang dirompak kemenangan rakyat oleh regim tentera yang di dalangi oleh Israel dan AS. Pada waktu yang sama saudara kita di Palestine, Burma terus dibuli.

Ramadhan kali ini juga kita berhadapan dengan PRK Kuala Besut yang hangat diperkatakan oleh orang ramai bagi mencatat sejarah 16 - 16 Terengganu Baru.

Suaatu rekod yang akan menjadi catatan sejarah politik negara seandainya pengundi memberi mandat kepada PAS. 16-16 bukan sahaja pengundi di Kuala Besut yang ingin melihat keadaan tersebut, bahkan seluruh negara, kerana ini adalah sejarah tersendiri. 

Dalam suasana ini, Ramadhan datang kembali membawa seribu rahmat. PAS mengucapkan selamat datang ya Ramadan. Semoga keberkatan, rahmat dan keampunan akan kita peroleh. Marilah kita bersama menyumbang tenaga, wang ringgit dan doa agar kita berjaya mencapai kemenangan yang sangat penting ini. 

Kepada para petugas yang telah berkorban meninggalkan keluarga dan tugas harian turun ke Kuala Besut bagi membantu jentera parti, kita ucapkan siru ala barakatillah. Semoga kita memperoleh ganjaran besar berjihad pada bulan Ramadhan. Suatu nikmat yang jarang kita peroleh.

Manakala yang tidak berkesempatan untuk hadir, biarlah wang ringgit, munajat doa agar kita berjaya. Setiap orang daripada kalangan ahli parti mesti menyumbang sesuatu agar ia menjadi saksi depan Allah di hari akhirat nanti.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di negara ini. Senyum.
Pada bulan Ramadan kita bukan sahaja mendidik kanak-kanak dengan lapar dan dahaga tetapi didikan awal berkaitan fardu ain. 
TAZKIRAH BOLEH ROSAKKAN SOLAT ? AJARAN SESAT YANG DIPENGARUHI OLEH IBLIS

MAKA, Tok Peti ini pun berkata, "Umat Islam yang akan menyambut Ramadan dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah."  

Solat boleh rosak dengan tazkirah?  Samada tazkirah itu dibuat sebelum atau selepas solat, di mana hujahnya yang mengatakan tazkirah itu boleh merosakkan Solat?   Mengapa takut sangat Tok Peti ini dengan tazkirah?  Setahu kita, makhluk yang paling takut dengan amalan tazkirah (ingat-mengingati sesama Muslim) itu adalah Iblis Laknatullah.  Iblis memang tidak mahu umat Islam saling ingat mengingati.  Masakan seorang berjawatan Tok Peti boleh bercakap bagi pihak Iblis?
Di dalam Solat Tarawikh misalnya, amalan tazkirah biasanya dilakukan selepas 4 Rokaat sekitar 5 minit kemudiannya Solat Tarawikh disambung lagi.  Jika Solat tarawikh dilakukan 8 Rokaat, ertinya tazkirah hanya ada dua kali.  Adakah dengan hanya dua kali tazkirah di sekitar 10 ke 20 minit kesemuanya itu boleh merosakkan keseluruhan Solat Tarawikh?  Bukankah Solat Tarawikh itu adalah Solat di dalam keadaan rehat atau 'santai' tanpa tergesa-gesa?  Oleh itu, setiap kali selesai satu-satu Rokaat itu adalah lebih baik ahli Jemaah diberi sedikit ruang untuk berehat seketika sambil mendengar tazkirah yang tentunya tidak merugikan mereka.
Seandainya ada Jemaah yang merasakan tazkirah itu membebankan mereka, apakah salah mereka pulang ke rumah dan selesaikan Solat Tarawikh yang mereka mahu lakukan?  Mengapa perlu dihalang atau dikecam Jemaah yang sukakan peringatan?  Jika pihak pemerintah mahu pun Tok Peti itu sendiri tidak suka memperingatkan Umat Islam tentang kebaikan, jangan pula cuba menghalang orang lain.  
Berkata lagi Tok Peti ini, " Umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat. "Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat. Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita buang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya.  Cuba Tok Peti beritahu masa bila wajibnya Tazkirah ini?  Jika dilakukan di luar Solat Tarawikh iaitu di hari-hari lain yang bukan di bulan Ramadhan, adakah Tok Peti ini mahu beri jaminan Tazkirah boleh dilakukan juga?  Tidakkah beliau tahu sudah berapa banyak kes orang-orang yang memberi tazkirah ditahan dan didakwa atas alasan tiada tauliah pula?  
Alasan demi alasan diberi oleh puak yang bencikan amalan tazkirah ini.  Bila bulan Ramadhan, alasannya merosakkan Solat Tarawikh.  Di luar bulan Ramadhan pula, alasannya tiada Tauliah pula.  Mengapa susah sangat mahu menerima amalan Tazkirah ini?  Mengapa tidak dipermudahkan seperti mana mudahnya golongan kaki maksiat menganjurkan program melalaikan seperti Jom Heboh, konsert, Gang Nam dan sebagainya itu?  Sehingga kini, tiada seorang pun yang didakwa memberikan Tazkirah tanpa Tauliah itu telah memberikan Tazkirah yang menyesatkan.  Jadi, apa yang tidak kena dengan Tazkirah ini pada pandangan Tok Peti?  Mungkin Tazkirah yang amat dilarang itu adalah kerana ianya tidak membodek pemimpin kerajaan?
Aku menyokong penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia yang menyifatkan langkah tersebut tidak wajar dan lebih sebagai satu tindakan politik dan Pemuda PAS bersedia beri khidmat bantuan guaman kepada penceramah yang dikenakan tindakan.  Kita harus berani melanggar arahan yang dihasut oleh Iblis yang sentiasa mahu menjauhkan Umat Islam dari saling ingat-mengingati.  Pedulikan Tok Peti yang mahu mencari makan walaupun terpaksa memakan bara-bara dari api neraka.
DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 1:35 PG
Tan Sri Harussani: Jangan dirosakkan syariat tarawih ini dengan kita selangi perkara yang lain (iaitu tazkirah)
IPOH: Umat Islam yang akan menyambut Ramadan mulai esok dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat.
"Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat. Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita membuang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya di pejabatnya di sini, hari ini.

Harussani diminta mengulas amalan tazkirah yang dilaksanakan oleh banyak masjid di seluruh negara pada malam-malam Ramadan dan lazimnya dilakukan di antara solat tarawih.
Kerajaan negeri Pahang melalui Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad baru-baru ini mengeluarkan arahan melarang ceramah atau tazkirah semasa solat tarawih dan mana-mana masjid yang ingkar boleh dikenakan tindakan.

Alasannya, supaya solat tarawih tidak diganggu dengan penganjuran ceramah atau tazkirah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam reaksinya berkata keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri Pahang itu adalah berdasarkan perspektif negeri itu dan selaras bidang kuasa kerajaan negeri.
Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam pada itu menyifatkan langkah kerajaan negeri Pahang itu sebagai tidak wajar dan lebih sebagai satu tindakan politik serta bersedia memberikan khidmat bantuan guaman kepada penceramah yang terlibat sekiranya dikenakan tindakan.

Dalam pada itu, Harussani turut mengingatkan umat Islam supaya berlumba-lumba untuk melakukan ibadah pada sepanjang Ramadan tetapi jangan bertelagah mengenai jumlah rakaat solat tarawih dan sebaiknya mengambil tradisi pertengahan iaitu 20 rakaat.

"Marilah kita berlumba-lumba. Kita jangan berlumba-lumba sampai 40 rakaat, jangan kita berlumba-lumba sampai 36 rakaat. Kita ambil tradisi pertengahan 20 rakaat dan jangan dirosakkan syariat tarawih ini dengan kita selangi perkara yang lain (iaitu tazkirah)," katanya.
Harussani turut mengingatkan bahawa bulan Ramadan merupakan tawaran istimewa Allah kepada umat Nabi Muhammad kerana ia menawarkan keampunan yang begitu luas.

Beliau juga menasihati umat Islam agar tidak menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan pesta makanan sebaliknya jadikanlah ia bulan untuk membentuk jiwa dan peribadi yang mulia dan diredhai Allah.
Berita mula diterbitkan pada: Julai 09, 2013 15:05 (MYT)
Tag: ramadan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

Read more at: http://www.astroawani.com/
3 comments:
 lijitra said...
semak sungguh ada tok peti yg tak reti macam harus.....ni.

Tuesday, July 09, 2013 7:21:00 PM
 omarabdulaziz505@gmail.com said...
Serabut punya mufti...

Tuesday, July 09, 2013 11:24:00 PM
 Anonymous said...
Usah sibuk tentang isu lama...cuba tengok2 masalah sosial penganut Islam Melayu yang makin teruk skarang...Itu belum tengok masalah dunia Islam lagi. Senang cerita, kalau telinga tu x tahan dengar tazkirah, boleh gi masjid lain. Kalau bleh cari yg tok imam amano lagi cepat habis sembahyang..
Tuesday, July 09, 2013 11:27:00 PM
Baca Artikel Selanjutnya Di: http://pahangdaily.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena