Sunday, 14 July 2013

NAJIB SEMAKIN KACAU... KAITKAN MESIR DENGAN MALAYSIA

Isnin, 15 Julai 2013


Hisam Latif

DATUK Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Akhirnya, kata Najib, ia menyebabkan rakyat menuntut perubahan sekali lagi.
  Siapa pun yang menjadi pemimpin kepada kerajaan tua BN tidak akan mensia-siakan peluang untuk mengeksploit kemelut di Mesir perihal bahayanya menukar kerajaan. Tun Mahathir Mohamad sewaktu berkuasa sehingga kini pun masih bercakap dalam nada yang sama; bahaya menukar kerajaan. Sekalipun, katanya, kerajaan yang ada (BN) bukanlah sempurna.
Allahu Akbar!!! 30 Juta Rakyat Mesir Turun Ke Jalan Sokong Morsi ...
Walhal situasi di Mesir berbeza sama sekali dengan Malaysia. Pertama kali rakyat bangkit menentang rejim Hosni Mubarak dua tahun lalu setelah merasakan kerajaan pimpinannya tidak membawa apa-apa perubahan dalam menjaga kebajikan rakyat, sedangkan pada ketika itu rakyat mengalami tekanan ekonomi yang sangat teruk.
Isu utamanya masih persoalan ‘bread and butter’ atau periuk nasi, bukan perjuangan berteraskan ideologi.

Cuma solidariti kebangkitan rakyat dibantu oleh pelbagai golongan, antaranya yang memperjuangkan keadilan sosial, menuntut demokrasi, yang menolak sekular dan memperjuangkan Islam, pejuang kebebasan bersuara, golongan miskin serta yang sekadar hadir untuk mencatat sejarah.
Tanpa dipimpin oleh sesiapa, mereka semua bersatu menumbangkan rejim Mubarak yang tidak pernah mempamerkan model demokrasi sebenar di negaranya.

Di Malaysia, kerangka dan landasan demokrasi sudah pun wujud. Sebahagian rakyat cuma menuntut demokrasi itu dimurnikan supaya pertarungan merebut kuasa berlaku atas padang yang sama rata.
Perubahan kepimpinan kerajaan diharapkan berlaku di Malaysia untuk sebuah negara yang lebih baik. Model perubahan dalam skala yang lebih kecil pernah berlaku di peringkat negeri.

Pertukaran kerajaan langsung tiada membawa huru hara atau keadaan yang lebih buruk.

Rakyat yang sudah terbiasa dengan sistem demokrasi di Malaysia tahu bahawa pertukaran hanya untuk tempoh sepenggal. Rakyat Malaysia tidak pernah berkira-kira mahu menjatuhkan melalui kekerasan.
Mereka hanya turun di jalan raya untuk menuntut demokrasi yang bersih, tanpa senjata di tangan, hanya berbekalkan garam dan air mineral.
Dicatat oleh atsixty di 12:00 AM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena