Wednesday, 10 July 2013

Mursi bakal dihukum? Politikus Ikhwan dan aktivis antara 10 yang bakal ditangkap esok...& Sejuta muslim solat terawih di Mesir

Rabu, 10 Julai 2013
Mursi bakal dihukum?
Ketika nasib Mursi masih kabur, presiden sementara Mesir, Adly Mansour semalam, mengemukakan rancangan pilihan raya umum negara (PRU) yang dijangka berlangsung awal 2014.
Mursi bakal dihukum?
KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir Mohamed Mursi yang menjadi mangsa rampasan kuasa tentera negara dan kini ditahan di sebuah lokasi tidak diketahui dijangka dikenakan hukuman oleh pihak tentera negara itu.

Pegawai kanan tentera Mesir berkata, Mursi mungkin berhadapan pendakwaan berhubung tuduhan yang dibuat penentangnya namun tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu sehingga kini.
Ketika nasib Mursi masih kabur, presiden sementara Mesir, Adly Mansour semalam, mengemukakan rancangan pilihan raya umum negara (PRU) yang dijangka berlangsung awal 2014.

Pengumuman itu dibuat sejam selepas gerakan Ikhwanul Muslimin membantah tindakan tentera menembak mati 51 penyokong parti itu di perkarangan ibu pejabat tentera di Kaherah, susulan penggulingan Mursi.

Adly mengeluarkan dekri yang menetapkan jadual bagi mengadakan pungutan suara ke atas penggubalan perlembagaan Mesir sebelum PRU diadakan.
Dalam dekri itu, satu panel mewakili politik, agama dan perkhidmatan keselamatan akan meluluskan penggubalan perlembagaan yang digantung selepas Mursi digulingkan selain menetapkan pungutan suara tersebut dalam tempoh lima bulan.

"Pilihan raya Parlimen akan diadakan tiga bulan selepas perlembagaan baru itu diluluskan," menurut Adly, dipetik Al-Jazeera.

Mengikut dekri tersebut, keseluruhan proses tidak akan melebihi 210 hari, sekali gus memberi gambaran PRU bakal diadakan pada Februari.
Sementara itu, gerakan Ikhwanul Muslimin menggesa bantahan sehari selepas puluhan penyokong terkorban selain 322 yang lain cedera akibat ditembak.

Menurut saksi, tentera melepaskan tembakan amaran dan gas pemedih mata selain beberapa lelaki dipercayai samseng berpakaian preman melepaskan tembakan berpeluru ke arah peserta.

Adly dilaporkan meluah kekesalan berhubung insiden itu selain menubuhkan jawatankuasa kehakiman siasatan. SH


Politikus Ikhwan dan aktivis antara 10 yang bakal ditangkap esok

Dr Mohamed Badie
TV MESIR : Pihak pendakwa raya mengeluarkan arahan hari ini, Rabu untuk menahan "Badie, Iryan dan Beltagy" atas tuduhan mencetuskan/menghasut peristiwa berdarah di kawasan Pengawal Republik.

Senarai nama mereka yang akan ditahan:
1- Dr Mohamed Badie : Mursyidul Am Ikhwan Muslimin 
2- Mohammed El-Beltagy : pemimpin Ikhwan Muslimin (setiausaha FJP Pusat)
3- Essam el-Erian : Naib Presiden FJP 
4- Essam Sultan : Naib Presiden Parti Wasat 
5- Assem Abdel Majid : ahli Majlis Syura Jemaah Islam 
6- Mahmoud Ezzat : Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin 
7- Safwat Abdel-Ghani : ahli Majlis Syura JI dan Presiden Parti Bina wa Tanmiyah 
8- Safwat Hijazi : pemimpin Ikhwan Muslimin
9- Ahmoud Hussein : Setiausaha Agung Ikhwan Muslimin dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan 
10- Abdel-Rahman Ezz : Aktivis
Mohammed El-Beltagy

Essam el-Erian

Essam Sultan 

Assem Abdel Majid

Dr. Mahmoud Ezzat Ibrahim

Safwat Abdel-Ghani 

Safwat Hijazi

Abdel-Rahman Ezz (aktivis)

Sumber : AlJazeera oleh mesirkini
Gambar sekitar sejuta muslim solat terawih di Mesir
August 18, 2010

Posted by Manjungmari at Wednesday, August 18, 2010

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena