Sunday 14 July 2013

RUSUHAN FLAT REBANA, KLANG UTAMA....POLIS BERI AMARAN Jangan Sebarkan Berita Palsu Untuk Menakutkan Rakyat!

Ahad. 14 Julai 2013
Peronda di kawasan Flat Rebana, Bukit Raja, Klang
RUSUHAN FLAT REBANA, KLANG UTAMA....

RUSUHAN FLAT REBANA,KLANG UTAMA...
KLANG - Polis sedang mengesan suspek kes rusuhan di Flat Rebana, Klang Utama, pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong berkata, polis masih mengenal pasti suspek terlibat dan sedang mengawal tempat kejadian supaya perkara sama tidak berulang lagi.

Dalam pada itu, Shukor meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat laman sesawang atau SMS yang mengatakan kedua-dua mangsa kejadian berkenaan meninggal dunia.

“Alhamdulillah, dua mangsa terbabit masih lagi hidup dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) serta keadaannya terkawal.

“Saya harap orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang dilemparkan mengenai kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang menggunakan senjata.

Semalam, Sinar Harian melaporkan sekumpulan 15 individu menyerang lima lelaki di Flat Rebana, Klang Utama, Khamis lalu.

Mereka membuat rusuhan dipercayai  untuk membalas dendam susulan seorang lelaki dilanggar dan dipukul sekumpulan empat orang lelaki di Klang Utama, Rabu lalu, yang dikatakan tinggal di flat berkenaan.

Posted by OMAK KAU!!!! at Sunday, July 14, 2013


KES RUSUHAN DI FLAT REBANA - KLANG
Peronda di kawasan Flat Rebana, Bukit Raja, Klang
Kontroversi: Maklumat Kes Rusuhan Disebar Melalui SMS dan Facebook

Mereka menafikan maklumat palsu tersebut. Menurut Thaiveegan, pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu melalui SMS dan Facebook akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau sebarang kemusykilan perlu berhubung terus dengan pihak polis bagi mengelakkan wujudnya rasa bimbang atau takut.

Abdul Rahim meminta orang ramai supaya tidak bimbang berikutan pihak polis sentiasa menjalankan tindakan pencegahan di kawasan terlibat.
Dicatat oleh Mohd Rohaizad di 7/14/2013 10:46:00 PTG
Polis Telah Menahan Sekumpulan Suspek Kes Rusuhan
 Flat for Sale in Pangsapuri Rebana, Klang for RM 40,000
Dalam kejadian pada 10 Julai lepas, polis menahan tiga lelaki selepas terlibat dalam kejadian serangan ke atas sekumpulan lelaki di kawasan Flat Rebana, Bandar Baru Bukit Raja di sini menyebabkan dua lelaki berumur lingkungan 20-an cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan.

Kejadian itu berpunca daripada salah faham susulan satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada Rabu lepas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini pula, tiga lelaki yang sedang minum cedera selepas diserang sekumpulan 10 lelaki bermotosikal yang bersenjatakan kayu besbol dan parang di kawasan perumahan Taman Ismail, Sungai Pinang di sini.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati salah seorang suspek terhadap seorang daripada mangsa yang bertindak membakar motosikal miliknya pada Februari lepas.

Ekoran insiden itu, dua lelaki berumur 24 dan 32 tahun ditahan pihak polis di Batu 1, Jalan Kapar, Sungai Pinang kira-kira dua jam selepas kejadian.

Ketiga-tiga mangsa berumur 20-an dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 148 Kanun Keseksaan. - Bernama.

Mohd Rohaizad berharap orang ramai ambil perhatian, berhati-hati dan jangan keluar berseorangan pada waktu malam, tunggu arahan pihak yang bertanggungjawab. Keadaan mungkin kelihatan aman tetapi nasib malang tidak berbau, lebih baik ambil tindakan berjaga-jaga bagi mengelakkan keadaan lebih serius terutamanya sekitar Klang. Terima kasih PDRM.
Dicatat oleh Mohd Rohaizad di 7/14/2013 10:46:00 PTG

FB: Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu :')
LELAKI MELAYU DICEDERAKAN OLEH LELAKI INDIA BERPUNCA DARIPADA KEMALANGAN JALAN RAYA
Punca pergaduhan adalah berkaitan satu kejadian (1) lelaki melayu
Nama: Mohd syukri b.sairun
Umur:24 tahun, kerja di MPK (Majlis Perbandaran Klang) telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama setelah terbabit dengan kemalangan. Mangsa bsama adiknya menaiki m/sikal utk ke masjid, telah dilanggar oleh suspek yg menaiki m/kar tersebut dr belakang. Telah berlaku pertengkaran mulut dan Suspek tlh keluar kenderaan dan tetak mangsa di kedua belah tangan dan kepala. Mangsa dirawat di zon merah HTAR klang dan tdk sedarkan diri. Suspek (1)(L)(I) umur 20an, bdn kurus sederhana tinggi, menaiki sebuah m/kar proton saga iswara warna biru, no.pend. BEG 8868 bersama (3) lagi lelaki india.

Susulan kejadian...

Salam YDH Dato' / Tuan / Puan;

Untuk makluman awal kes rusuhan diantara kumpulan lelaki Melayu dan kumpulan lelaki India di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang.

Terdapat (3) laporan polis yang berkaitan kejadian iaitu:
1. Bukit Raja Rpt 4238/13 (maklumat pertama)
2. Bukit Raja Rpt 4239/13
3. Bukit Raja Rpt 4240/13
4. Bukit Raja Rpt 4238/13

Mangsa yang cedera adalah seperti berikut:-
1. Zon merah(kritikal)-Kamala Gasan,26 tahun
(0163536027)
cedera_kepala ditetak s'jata tdk pasti.

2. Zon hijau(pesakit luar)-Nithiaraj a/l Sennasamy 900414085677,no 37 lorong sungai keramat 1 klang utama

Manakala (3) lagi mangsa masih belum diperolehi butir-butir.

Fakta kes:
Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, anggota gerakan terima maklumat dari (1) (P) india maklum ada pergaduhan antara kumpulan lelaki melayu dan kumpulan lelaki India di flat rebana, bukit raja, klang.

Siasatan awal terdapat tiga kejadian iaitu:
1. Pengadu: Thangarajah a/l Mylyaganam, 34 thn, membuat laporan Bukit Raja Rpt 4139/13. Pada 11/07/13 jam l/k 2300hrs, semasa pengadu dirumahnya nampak anak saudaranya (mangsa) iaitu:
1. Shuhendran
2. Parthiban
3. Gunaselan
Telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu seramai l/k 100 org bersenjatakan batang besi, kayu, parang dan pisau. Saspek lelaki melayu tersebut turut membakar (2) buah m/sikal milik mangsa.

2. Pengadu: Muthamimaran a/l manimaran, umur 16 thn membuat laporan bersabit Bukit Raja Rpt 4240/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2340hrs, semasa pengadu dan kawannya nama Ganesran a/l sekaran berada di depan Pasaraya Econsave Klang telah diserang oleh sekumpulan lelaki melayu l/kurang 30 org bersenjatakan kayu dan besi. Pengadu dan kawannya telah dipukul oleh saspek dan mendapat kecederaan di kepala.

3. Pengadu: Murugan a/l verappan , umur 55 thn telah membuat laporan bersabit Bukit Raja 4241/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, semasa pengadu dirumah telah terima maklumat mengenai anaknya bernama Prakash telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu berjumlah seramai 10 org dan m/sikal miliknya telah dibakar.

Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah berkait satu kejadian (1) lelaki melayu telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama. Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 324 KK, I.O insp kartini, IP 1500/13, Bukit Raja Rpt 4209/13.

Kejadian susulan iaitu pada 11.07.13 jam lebih kurang 1930hrs, (1) lelaki melayu kerja berniaga pasar malam telah diugut oleh (1) lelaki India dan saspek lelaki india telah menyepak dan menaburlan makanan peniaga melayu tersebut.
(Tiada laporan polis dibuat)

Tindakan :
Sepasukan anggota polis dari cawangan MPV, Balai Bukit Raja, Balai Bandar Baru Klang dan cawangan jenayah IPD Klang Utara dan dibantu oleh pasukan D7 IPK Selangor. Telah sampai ditempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Pemantauan masih dijalankan.
Pihak gerakan telah dimaklumkan supaya mengarahkan MPV dan RCJ supaya membuat rondaan di kawasan yg terlibat.

Terima kasih YDH Dato' / Tuan / Puan.

PT D7 SL
Perhatian.. Ini berita yg baru saya terima.... buat masa ini.. Di minta saudara2 semua berhati2 jika ke kawasan flet rebana.. Ini kerana kejadian pergaduhan antara melayu dn india.. Dan info yg saya br terima.. Mlm ini kaum.india dr kapar akan ulang semula pergaduhan mlm td di taman seri cempaka.. Hati2 dn sebarkn kepada saudara mara utk keselamatn.. Selamat berpuasa.. utk makluman semua . .

Umie Kalsom UMaira, Faizal Azmir, Aref Mas and 705 others like this.
View previous comments
Zul Hanah Jngn lah kita menjadi api perkauman.kita negara berbilang kaum..sedikit kesalahpahaman dpt di atasi dengan baik..sempana bulan penuh berokah ini..marilah kita berdoa agar rakayat malaysia hidup aman damai saling syang menyayang sesama bangsa...
FB: Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu :') / Posted by GeloraHatiMuda

MANGSA DITETAK HANYA AKIBAT KES KEMALANGAN JALANRAYA DI KLANG
Kejadian pergaduhan di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang kini  menjadi topik hangat dibicarakan di laman sosial.  

Pergaduhan dilaporkan tercetus akibat kes kemalangan membabitkan dua kenderaan berlaku di Jalan Sungai Keramat 3, Taman Klang Utama.  

11 Julai, dilaporkan, mangsa, Mohd Syukri Sairun, 24 tahun, kakitangan Majlis Perbandaran Klang, bersama adiknya dalam perjalanan ke masjid menaiki motosikal  terlanggar oleh suspek menaiki kereta Proton Iswara berwarna biru bersama 3 rakan lain.;

Berikutan itu, tercetus  pertengkaran,  suspek  kemudian dikatakan  menetak mangsa di kedua  tangan dan kepala.  Kini Syukri dirawat di Hospital Tunku Ampuan Rahmah.

Saya bersimpati dengan kejadian menimpa Syukri.

Bahan  berita  itu  dipaparkan di laman facebook Perkasa Selangor Malaysia, klik di sini.

Rentetan daripada kejadian itu,  berlaku lagi kes pergaduhan lain di Klang.  Beberapa lelaki India  dilaporkan  tercedera dan  dirawat di hospital. Laporan polis telah dibuat. Terkini, pihak polis  berjaya mengawal keadaan agar kes pergaduhan  itu  tidak terus  menular.

Teliti  antara komen dilontarkan  di facebook berhubung kejadian itu.



Apapun berlaku, JANGAN  sesekali menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial kerana dikhuatiri mengakibatkan kejadian lebih buruk.

Saya percaya 100% pihak polis berupaya menangani kes jenayah seperti ini tanpa sebarang masalah. Ketua Polis Klang Utara, ACP Mohamad Syukor Sulong berkata, kes terbabit tiada kaitan dengan isu perkauman.

Klik di sini untuk membaca laporan Sinar Harian.
Nukilan Mazidul Akmal Sidik Jam 4:01 PG 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena