Saturday 6 July 2013

Terkini Video Saturday, July 06, 2013 - 26 terbunuh tunjuk perasaan penyokong Morsi di Mesir

Sabtu, 6 Julai 2013
Tentera, bagaimanapun, menafikan bertanggungjawab tembak penyokong Morsi

Three Mursi supporters reportedly shot dead at Cairo barracks protest

Tentera tembak penyokong Morsi
Penyokong Morsi membawa seorang lelaki yang terkena tembakan di luar ibu pejabat Pengawal Republikan di Kaherah, semalam.
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 26 terbunuh dalam pertempuran di sekitar Mesir hari ini apabila ribuan penyokong presiden Mohamed Morsi yang digulingkan keluar beramai-ramai membantah tindakan tentera negara itu. 

Pertempuran itu membabitkan penyokong Morsi dan kumpulan penyokong yang memihak dengan tindakan tentera Mesir.

Sementara itu, pasukan keselamatan polis Mesir terus menahan pemimpin gerakan islam yang dikenali Ikhwan Muslimin. - AFP 

Tentera tembak penyokong Morsi

Iskandariah
Kaherah: Tentera Mesir melepaskan tembakan ke arah penyokong bekas Presiden Mohammed Morsi selepas mereka berarak ke tempat penahanannya. 

Tiga orang terbunuh, beberapa lagi cedera dan sekurang-kurangnya lagi parah kerana kena tembakan di kepala. 
Jurugambar Associated Press di tempat kejadian berkata, Pengawal Republikan melepaskan tembakan selepas penunjuk perasaan mendekati kawat berduri sekitar tempat itu untuk menggantung gambar Morsi. 

Beberapa penunjuk perasaan terjatuh termasuk seorang yang bahagian kepalanya berdarah. 

di Alexandria
Nafi bertanggungjawab 

Tentera, bagaimanapun, menafikan bertanggungjawab. 
Jurucakapnya berkata, askar tidak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dan hanya menggunakan peluru kosong selain gas pemedih mata untuk mengawal keadaan. 

Tidak jelas sama ada anggota keselamatan lain yang menembak. 

Sebelum bantahan bermula, sumber tentera berkata, pasukan bersenjata akan membenarkan penduduk melakukan protes. 
Rab'ah al 'Adawiya
Keganasan berterusan akan menimbulkan kebimbangan Amerika dengan Washington enggan merujuk penyingkiran Morsi sebagai rampasan kuasa. 

Penentang Morsi berkata, ia bukan rampasan kuasa tetapi melaksanakan kehendak rakyat. 

Tentang rancangan kerajaan sementara 

Beribu-ribu penyokong Morsi mengadakan protes di Iskandariah dan Assiut kerana menentang rancangan kerajaan sementara yang disokong musuh mereka, golongan liberal. 
Ulama Al Azhar turut berhimpun di Rab'ah al 'Adawiya
Penentang bekas pemimpin itu juga meminta penyokong mereka melakukan perarakan di jalan raya sebagai menunjukkan bantahan kepada penyokong Morsi. 

Di Damanhour, ibu kota wilayah Beheira di Lembah Nil, 21 orang cedera selepas pergaduhan meletus antara dua kumpulan itu. 

Di bandar Suez, Ismailia, askar melepaskan tembakan ke udara ketika penyokong Morsi cuba memecah masuk pejabat gabenor. - REUTERS

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena