Saturday, 2 November 2013

Sg Limau : Umno punca kemiskinan Melayu - Anwar

Sabtu, 2 November 2013
Anwar ingatkan Melayu, Umno punca kemiskinan mereka

SG LIMAU Di setiap ceramah yang disinggahnya semalam sewaktu berkempen untuk PAS, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menurut Anwar, beliau didatangi orang ramai yang menonton TV3 yang mendakwa beliau menyokong rancangan kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan GST bermula April 2015.

“Saya tanya mereka, kenapa percaya pada media-media ini. Mereka ini agen fitnah,” kata Anwar dalam ceramahnya semalam.

“GST itu efisien tetapi apa yang kami nyatakan ialah: kecuali sistem keseluruhannya baik, kita tidak sepatutnya dilaksanakan cukai baru itu,” jelasnya.

“Kita jangan laksanakannya melainkan ada peningkatan harga padi,
yang sudah 23 tahun tak naik-naik,” katanya lagi.

Ketua Umum PKR itu berceramah di empat tempat semalam – Kampung Selengkoh, Pekan Sungai Limau Dalam, Simpang Tiga dan Dulang Besar (Yan Kechil).
Foto: MMI
Di setiap tempat itu juga jalan raya sesak dengan kehadiran orang ramai untuk mendengar ceramahnya. Mkini

DS Anwar Ibrahim Di Sungai Limau


Rasuah, pembaziran melampau kerajaan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) antara isi ceramah yang ditekankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dalam siri ceramah di Sungai Limau malam tadi.

Bagaimanapun, Anwar tidak menolak pelaksanaan GST, tetapi mempersoal kaedah ia dilakukan yang didapati tidak kena pada masanya kerana masalah kebocoran dan ketirisan dalam kerajaan masih belum diatasi.

"GST adalah sebuah sistem yang baik dan saya akuinya. Tetapi, sebelum melaksanakannya, kerajaan terlebih dahulu perlu menangani isu rasuah, pembaziran melampau yang merugikan jutaan bilion ringgit, wang rakyat dan memperbaiki kualiti taraf hidup rakyat," katanya kepada penduduk Sungai Limau yang hadir ke ceramahnya di Simpang Tiga Luar.

Anwar kemudiaan membidas pembaziran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menghabiskan RM1.6 juta untuk membawa tiga kumpulan artis K- pop mengadakan persembahan sempena Hari Belia pada tahun lalu.

"Mereka habiskan berjuta untuk konsert itu. Ini yang kami katakan, kerajaan berbelanja besar," katanya merujuk kepada pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 baru-baru ini mengenai pembiayaan konsert tersebut oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, Anwar menyentuh isu dibangkitkan pengundi Sungai Limau yang terdiri daripada petani sawah padi iaitu antaranya ialah berkait dengan harga padi.

"Kerajaan tidak boleh melaksanakannya sekarang kerana harga padi masih tidak berubah. GST tidak boleh dilaksanakan dalam situasi ketika ini."Ini hanya akan menindas rakyat," katanya.

Terdahulu, Anwar menyampaikan tazkirah di surau, menjelajah untuk berceramah di beberapa kampung dalam Sungai Limau serta menyeru mereka untuk membuat pilihan yang tepat pada 4 November nanti.

"Kita perlu berikan isyarat kepada mereka bahawa ya mereka kaya, mereka mempunyai stesen media, mereka boleh bawa jentera besar, tapi masa depan anda bukan ditentukan oleh mereka."Ia dalam tangan kamu semua," katanya.

Kehadiran Anwar di Sungai Limau menyebabkan kesesakan lalu lintas di Dulang Kecil, Dulang Besar dan Sungai Limau Luar.

Situasi tersebut memaksa Anwar membatalkan beberapa penampilannya malam semalan di Dulang Kecil, sebuah kawasan yang merupakan kubu kuat BN.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau kosong selepas wakil rakyatnya yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu.
Azizan adalah penyandang kerusi DUN itu sejak pilihan raya umum 1995.

Pilihan raya kecil kali ini menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi  Lazim dengan calon PAS, Mohd Azam Abd Samat. Hari membuang undi adalah pada 4 November ini.  - 2 November 2013.TMI
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT at 2:15:00 PTG  

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena