Tuesday, 1 July 2014

Penjawat Awam berhak dapat BONUS Aidilfitri...Kakitangan Awam meninggal dunia gagal lompat longkang di Bazar Ramadhan...

Selasa, 1 Julai 2014
Lokasi lelaki maut selepas terjatuh ke dalam longkang di tapak Bazar Ramadan, di Presint 2, Putrajaya 5.30 petang semalam, baru dinaik taraf oleh pihak berwajib, hari ini.

Kakitangan Awam Meninggal Dunia di Bazar Ramadhan, Putrajaya

انا لله وانا اليه راجعون


Muhammad Kamal Salleh Hodin

Punca Gambar Penjawat & Kakitangan Awam Mati Meninggal Dunia di Bazar Ramadhan, Putrajaya (Muhammad Kamal Salleh Hodin) : Mungkin inilah takdir dan ketentuan yang mana asbab sudah tertulis seorang kakitangan awam yang bertugas di Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar, Putrajaya telah meninggal dunia di sekitar Bazaar Ramadhan Putrajaya, Presint 3 semalam.

  • Muhammad Kamal bin Salleh Hodin berasal dari Kluang Johor
  • Muhammad Kamal bin Salleh Hodin telah memanjat cerun untuk pergi ke bazaar Ramadhan Putrajaya, Presint 3 dan seterusnya cuba melompat ke longkang besar
  • Malangnya, Muhammad Kamal Salleh Hodin gagal melompat dengan baik dan akhirnya terjatuh sehingga terhantuk di tebing longkang besar.
  • Kakitangan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar Meninggal Dunia
  • Kakitangan Awam Putrajaya
  • BeritaSemasa.com

Penjawat awam berhak dapat bonus Aidilfitri, bukan ‘sagu hati’

(Oleh: Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 27 JUN : Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani berkata, kakitangan awam di negara ini berhak mendapat bonus daripada kerajaan sempena Ramadhan dan Aidilfitri ini.
Katanya, bonus berkenaan dapat membantu meringakan beban yang ditanggung mereka berikutan kenaikan pelbagai harga barangan, terutama di musim perayaan.
“Kalau kerajaan tak boleh nak bagi, itu salah kerajaan, bukan penjawat awam.
“Pendapatan yang kerajaan dapat setiap tahun daripada cukai dan sebagainya, hasilnya lebih daripada RM220 billion. Wang itu seharusnya diagihkan sebahagiannya kepada penjawat awam,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti.
Presidennya, Azih Muda berkata, penjawat awam berasa tertekan ekoran kos sara hidup masa kini dan sedikit suntikan daripada kerajaan mampu mengurangkan beban kewangan mereka. Azih bagaimanapun menafikan pihaknya menyebarkan kenyataan berhubung pemberian bonus tersebut.
Abdullah Sani dalam pada itu kesal dengan istilah saguhati yang digunapakai Cuepacs dalam menuntut pemberian bonus kepada seramai 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.
“Sagu hati ibarat macam nak minta sedekah kepada kerajaan. Padahal duit lebihan pendapatan itu adalah duit yang sepatutnya penjawat awam dapat, dan itu dikatakan bonus, bukan sagu hati.
“Cakap saja terus terang nak bonus, apa yang takut sangat?,” Paling kurang pun, mereka berhak untuk mendapat bonus sebanyak sebulan gaji, bukannya dikira sebagai wang sagu hati,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62058

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena