Sikap Hipokrit Umno
Laporan European Commission (2010): Malaysia rakan dagang ke-15 terbesar Israel. Nilai dagang €667.6 juta.
Posted & copy by Rakyat Marhaen
Pemuda Pas: Sekat kuasa ekonomi, politik Israel |
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan menegaskan bahawa ianya merupakan suatu langkah terbaik bagi mengekang sikap tidak berperikemanusiaan Zionis dan juga sekutunya AS terhadap umat Islam.
“Justeru, tekanan kepada rejim Zionis termasuk sekutunya, AS perlu melalui jalan politik dan ekonomi.
Kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tersebut perlu bertindak mengetuai pemboikotan terhadap sebarang bentuk hubungan diplomatik serta mengadakan sekatan ekonomi terhadap Israel dan AS.
“Ini merupakan jalan paling strategik dalam mengekang sikap ganas Zionis dan juga sekutunya AS disamping ia akan menunjukkan keizzahan dan kesatuan umat Islam dalam mempertahankan saudara-saudara seagamanya.
Jika kerajaan-kerajaan yang ada sekadar memberi kenyataan tetapi dalam masa yang sama masih berurusniaga dengan mereka, maka tiada apa tekanan yang dapat dirasai oleh Zionis dan AS,” katanya.
Beliau dalam pada itu turut melahirkan rasa simpati kepada umat masyarakat Islam di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman dan keganasan Israel.
Menurutnya, ianya bukanlah kali pertama tanah Gaza dicerobohi dan masyarakat Palestin ditindas oleh rejim tersebut.
“Serangan tentera Zionis ke atas penempatan masyarakat Islam di Palestin makin diperhebat sejak memasuki awal bulan Ramadan.
Mereka terus membedil lebih kurang 160 sasaran di Genting Gaza dan angka kematian terus meningkat dari sehari ke sehari,” katanya lagi.
Justeru itu semua pihak diingatkan supaya memberi tekanan dan kekangan jalan perhubungan dan perdagangan khususnya dari segi hubungan diplomatik dan ekonomi terhadap Israel dan AS disamping memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu golongan pelarian dan mangsa peperangan di Gaza.
0 comments:
Post a Comment