Tuesday 15 July 2014

[Video] Gaza 2014: Palestinian Boy Speaking in Malay...Orang Palestin Memintak Tolong!

Rabu, 16 Julai 2014



Seorang rakyat Palestin yang dilahirkan di Malaysia menyeru agar rakyat Malaysia terus menghulurkan bantuan kepada mereka di Gaza yang kini berhadapan dengan serangan udara Israel. 

Hassan Radwan memuat naik video berdurasi 53 saat di laman YouTube beliau. Ia turut dikongsi di Facebook page Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) yang kini mempunyai 2,738 Likes dan 3,308 Shares. 

Bertutur dalam bahasa Melayu, Hassan berkongsi tentang situasi yang dihadapi orang-orang Gaza.

“Sekarang Gaza sedang menghadapi krisis. Gaza tidak boleh tahan dengan roket Israel. Harga mahal sangat. Tidak ada air, tidak ada makanan, tidak ada apa-apa.,” kata beliau.

Hassan turut memuji Malaysia yang membantu rakyat Palestin lebih baik dari negara-negara lain.

“Saya minta orang-orang Malaysia, saya minta kerajaan Malaysia, [untuk] tolong orang-orang Gaza. 

Jangan lupa doakan kami,” kata beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia sedia untuk menghantar misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam masa dua minggu.

Bantuan terbabit dapat disalurkan bergantung kepada kelulusan kerajaan Mesir untuk membuka pintu sempadan di Rafah.

"Malam tadi saya berhubung melalui telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal untuk sampaikan rasa simpati yang amat sangat dari semua kaum di Malaysia yang terasa dengan penderitaan rakyat Palestin," kata Najib. -astroawani.




Parlamentarios se manifestaron a favor de Palestina en el Congreso 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena