Selasa, 2 September 2014
Selepas beberapa pemimpin politik Pakatan Rakyat (PR) didakwa di bawah Akta Hasutan, ahli akademik dari Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom bakal menerima nasib sama esok.
Azmi mengesahkan perkara tersebut kepada The Malaysian Insider, tetapi enggan mengulas lanjut.
"Betul saya kena dakwa. Tapi tunggu esok mana tahu mungkin tidak jadi," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Azmi, yang merupakan Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (Pekaum), berkata beliau menerima panggilan telefon memintanya ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.
"Saya terima panggilan minta saya hadir. Tidak ada surat tentang itu," katanya.
Beliau dipercayai akan didakwa di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataannya melalui sebuah portal mengenai krisis Perak 2009 dan kaitannya dengan krisis menteri besar Selangor.
Pensyarah undang-undang itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok berhubung artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu, dilaporkan The Malay Mail Online pada 14 Ogos).
Mengikut portal itu, polis Dang Wangi menyatakan pensyarah itu akan dihadapkan dibawah Seksyen 4(1)(b), di mana sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun.
Berita pendakwaan itu dikritik hebat Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang berkata tiada sesiapa selamat daripada akta itu kecuali mereka yang berdiam diri atau menyokong kerajaan.
Dia juga mendakwa tindakan itu menggambarkan Malaysia negara diktator yang tidak toleran dengan sebarang pendapat bercanggah.
Tindakan polis itu turut dikecam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), yang mengajak mahasiswa dan orang ramai hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok pagi bagi menunjukkan solidariti bersama Azmi.
"Hujah-hujah dan pandangan yang dikemukan oleh Dr Azmi tidak pernah sedikit sebanyak mengugat Hak Sultan terutamanya harta dan kuasa mereka," kata PMUM dalam reaksinya.
Azmi akan menjadi ahli akademik pertama didakwa di bawah Akta Hasutan, yang menurut Putrajaya akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional, kini dalam peringkat penggubalan.
Dalam masa dua minggu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat didakwa di bawah akta sama termasuk Rafizi Ramli dan N. Surendran dari PKR, Khalid Samad dari PAS dan RSN Rayer dari DAP.
Juga dalam perbicaraan kerana tuduhan menghasut ialah Teresa Kok (DAP) dan Tian Chua (PKR), sementara Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) didakwa kerana atas tuduhan membuat fitnah dua tahun lepas lapor The Malaysian Insider
Posted by Anak Sungai Derhaka
Monday, 1 September 2014
Akta Hasutan: Pensyarah UM Prof Madya Dr Azmi Sharom pula akan didakwa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Selasa, 7 Januari 2014 GILER!!! Pensyarah IPTA Tikam Dan Kelar Isteri Sebelum Bunuh Diri!! KLANG - Konflik rumah tangga seorang pensyar...
-
Ahad, 10 Mac 2103 *Lakonan Potong Jari Bukan Berlaku di Sabah! *Palsu Video Kantoi : Bukan Polis Malaysia Kena Sembelih, Faktanya Ia ...
-
Sabtu, 14 Januari 2017 Royal Malaysian Navy @ tldm_rasmi Diplomacy Visit from The CNS Chang Cheng and CNS Chang Xing Dao of...
-
Khamis, 18 April 2019 Kerajaan Yang Menyelamat dan Membaiki Kerosakkan Dipanggil bodoh .Kalau begitu Kerajaan Yang Menjual Tanah Rakyat ...
-
Isnin, 21 Disember 2015 Apabila TIMB PRESIDEN nak pertahankan PRESIDEN, maka habis semua nak ditemberangnya..!!! TUAN IBRAHIM HENTI...
-
Sabtu, 16 Julai 2016 Tentera Rampas Kuasa Di Turki ANKARA: Tentera Turki melancarkan rampasan kuasa pada Jumaat, dengan tentera ...
-
Jumaat, 13 November 2015 Suara Rakyat added 8 new photos . 5 hrs · Timbalan Menteri, Dr Asyraf Wajdi pert...
-
Isnin, 25 November 2013 bolelebo.deviantart.com Bil elektrik rumah PM RM250 sejam? KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seremban-DAP, Antho...
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Jumaat, 31 Mei 2019 Suara Rakyat Bukankah lebaiPAS Razman ini pernah kalah saman fitnah RM200 ribu. Kini tabur lagi fitnah di bula...
0 comments:
Post a Comment