Saturday, 17 January 2015

BERNAMA TV, milik penuh kerajaan sedang kebuluran, mengapa boleh " berhutang "?

Sabtu, 17 Januari 2015
  • Mana pemegang saham lain Bernama TV?


  • Anggota parlimen pembangkang mempersoalkan kenapa pemegang saham Bernama TV (BTV), selain Bernama, kelihatan tidak berminat membantu kewangan syarikat itu.

    Memetik ketua Pengarah Eksekutif (CEO) BTV Datuk Ibrahim Yahya, wakil rakyat Kulai Teo Nie Ching berkata, hanya Bernama yang membantu pembayaran gaji pekerja BTV dilanda masalah kewangan.
    “Dalam kes ini, apa sumbangan pemilik saham yang lain?” soal anggota parlimen DAP itu.

    Bernama mempunyai pegangan minoriti dalam BTV dan membayar gaji pekerja sehinggalah ia tidak mampu lagi melakukannya pada November.

    Kali terakhir kakitangan BTV mendapat gaji pada 20 Oktober lalu. Bagaimanapun jumlah yang diberi hanya pendahuluan RM500.

    Perkara itu telah diadukan pada Jab
    atan Buruh.

BERNAMA - APA SUDAH JADI SEBENARNYA

Apa dah jadi dengan Malaysia kini, satu lepas satu peristiwa aneh berlaku, apa yang berlaku dengan BERNAMA TV mungkinkah ianya ada kaitan dengan peristiwa Penerbangan MAS, mungkinkan ada kitngan juga dengan keadaan di Sabah tempoh hari, atau pun ada kaitan dengan hutang negara yang kini sudah hampir menjejah angka 700 billion, mungkin, mungkin dan mungkin.

Kini yang terbaru BERNAMA TV, ianya milik penoh kerajaan, mengapa boleh " berhutang " dengan pihak pengurusan? apakah pula pihak pengurusan baru sedar keadaan pada syarikat kelolaan mereka? Ini semua tanda-tanda ketidak iklahan dalam pengursan.
 


Serba sedikit kaitan dengan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA, ianya bukan satu nama kecil tetapi Bernama TV merupakan satu nama baru dalam industri penyiaran Negara. BERNAMA adalah lahiran dengan cara  senyap-senyap tanpa pengetahuan Menteri Penerangan ketika itu. Ia cetusan dari kepala otak Tan Sri Anuar Zaini orang kuat Pak Lah Badawi ketika tu.

Hari ini Bernama TV sedang kebuluran. Menurut CEO nya Datuk Ibrahin Yahya @ Ibrahim Tiger ( gambar ) mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya.  Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak. Pembayaran ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh Bernama TV.
Menurut Ibrahim gaji terakhir dibayar oleh BTV pada 20 Oktober lalu pihak beliau juga belum pasti bila gaji penuh akan dibayar, kerana mereka kini telah pokai.
Nampaknya Bernama TV sedang nyawa-nyawa ikan dan akan hanyut pada bila-bila masa sahaja jika Kerajaan tidak campur tangan.
Yang sebenarnya banyak lagi cerita menarik di belakang tabir Bernama TV ini yang ramai tidak tahu kerana penonton hanya menonton wajah-wajah jelita penyampai  berita nya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena