Friday, 3 April 2015

Pemuda MCA sahkan BN TOLAK HUDUD!

Jumaat, 3 April 2015

Pemuda MCA sahkan BN TOLAK HUDUD..!!!

'PM tak perlu kalut, BN sudah tolak hudud'

  
Pemuda MCA mempertahankan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lambat mengumumkan pendirian mengenai rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan terhadap pelaksanaan hudud.

Ketua Pemudanya Wong Sin Woon berkata oleh kerana BN sudah menolak pelaksanaan hudud di Kelantan, tiada sebab bagi Najib selaku pengerusi parti itu, tergesa-gesa mengumumkan pendiriannya.

"BN telah pun memutuskan untuk menolak hudud dan ia telah pun dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN. Adakah ada badan lain lebih tinggi daripada ini?

"Kenapa PM mesti segera mengeluarkan kenyataan? BN sudah pun mengumumkan bahawa parti itu menolak hudud," katanya kepada pemberita sewaktu ditanya mengenai perkara itu.
Chong juga yakin anggota parlimen Umno tidak  akan mengundi menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Beliau berharap ahli parlimen itu tidak mencontohi ADUN Umno di Kelantan yang sebulat suara mengundi untuk enakmen tersebut.
Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena