Friday 3 April 2015

TMB Kelantan: Amanat Nik Aziz mahu PAS, Umno berbaik?...Realitinya mangsa banjir terkapai-kapai duduk di khemah plastik

Jumaat, 3 April 2015

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan amanat terakhir bekas mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno.

berkata bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, lapor Berita Harian hari ini.

"Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAs sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

"Kenapa isu ini perlu dibangkitkaan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan Persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga hubungan itu sudah terjalin.

"Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi tidak perlu pertikai isu hubungan baik PAS dengan kerajaan persekutuan, sebaliknya memberi keyakinan kepada pimpinan PAS kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu menyebut Mohd Amar berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di depan kira-kira 3,000 hadirin dalam Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah  Islamiyah di Pengkalan Chepa malam kelmarin.

Posted by Jeebond BLM

Fenomena Selepas Banjir Besar Kelantan - Antara realitinya masih ramai tidur dalam khemah..!!


Kami baru pulang dari menziarahi semula daerah-daerah banjir di Kelantan. Sedih melihat begitu ramai mangsa banjir yang masih terkapai-kapai duduk di khemah plastik yang tidak bertingkap.

Dunia sudah melupakan bencana yang 3 bulan lalu menggemparkan negara. Tiada kata untuk kami gambarkan betapa deritanya mereka. Bayangkan 3 bulan tiada hujan dan lumpur banjir dahulu kini menjadi debu yang menyesakkan.

Kami melangkah masuk ke kemah dalam gambar ini sekitar jam 1 tengahari. Ramai penghuni kemah yang ke sekolah menghadiri mesyuarat PIBG.

Ibu muda bersama bayinya berusia 4 bulan dan beberapa warga emas adalah antara yang sempat kami temubual di kemah yang macam ketuhar panasnya ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena