MANA2 MACAI PUAKA UMNO NAK MENGATA PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR .... BAIK LUPAKAN JE LAH ...
NASIB BAIK PAKATAN RAKYAT MENANG
#kalau tidak sngor boleh jadi mcm singapore (tiru ayat macai sat .... WARGHHHKAKAKAKA )
Jdi mcm spore tak apa lagi .... jgan jdi macam johor, 80% tanah hilang
Jdi mcm spore tak apa lagi .... jgan jdi macam johor, 80% tanah hilang
MB: Kilang aluminium diarah henti operasi cemar Sg Semenyih
Oleh: NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM, 1 APRIL : Sebuah kilang aluminium di Lot 805 di Mukim Semenyih dihentikan serta merta ekoran menjadi punca pencemaran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih malam semalam.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata tindakan itu dilakukan selepas siasatan menunjukkan pencemaran itu berpunca daripada sebuah kilang aluminium terbabit dan arahan dikeluarkan supaya operasi kilang itu dihentikan serta-merta.
Katanya, ekoran pencemaran itu gangguan bekalan air tidak berjadual dialami sebahagian pengguna di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang, bermula hari ini.
“Gangguan bekalan air itu berlaku kerana penutupan sementara LRA Sungai Semenyih sejak pukul 9 pagi tadi.
“Loji kendalian Syarikat Konsortium ABASS Sdn Bhd terpaksa ditutup sementara kerana kandungan ammonia dan manganese di dalam air Sungai Semenyih berada melebihi aras dibenarkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata Kerajaan Negeri membuat pemantauan 24 jam terhadap kilang didirikan berhampiran sungai kerana khuatir jika masalah itu berulang lagi.
“Kita tidak berkompromi dalam isu ini kerana kejadian ini sudah kali kelima dalam tempoh dua bulan, Sungai Semenyih mengalami pencemaran sama hingga menyebabkan operasi loji itu dihentikan pada 15 Februari, 3 dan 7 Mac serta pada 19 Mac.
“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Syarikat Konsortium ABASS Sdn Bhd sedang memantau keadaan sungai dan operasi loji rawatan dijangka pulih bergantung kepada tahap pencemaran,” katanya.
EZY
Studio Pinewood Iskandar Malaysia di Johor
Sada Borneo Pukau Juri Asia's Got Talent
#RESPECTGUYS
#RESPECTGUYS
Kumpulan pemuzik tempatan Sada Borneo berjaya memukau juri di acara saringan Asia’s Got Talent yang diadakan di Studio Pinewood Iskandar Malaysia di Johor malam tadi.
Terdiri daripada lima orang anak muda, Sada Borneo mempersembahkan muzik akustik etnik kreatif di hadapan empat juri iaitu Anggun, David Foster, Melanie C dan Vanness Wu.
Sada Borneo yang membawa maksud 'muzik dari Borneo' mempersembahkan gabungan alunan bunyi dari alat muzik tradisional seperti sape, bungkau dan seruling di samping alat muzik moden seperti keyboard, bass dan gitar serta menyuntik elemen semula jadi seperti bunyi hujan dan burung, semalam.
Sebaik sahaja tamat persembahan, kumpulan Sado Borneo berjaya mendapat tepukan gemuruh dari penonton dan ‘standing ovation’ dari Vanness.
“Bagi saya muzik kamu seperti magis, kamu seolah-olah bawa saya ke dunia lain” kata Vanness.
“Kita pernah lihat gabungan muzik moden dan tradisional yang pada akhirnya tidak menjadi. Tetapi.... kamu berjaya !!” kata Melanie.
Like✔Share✔Comment✔ at ☛| Suara Rakyat |☚ for more video, funny, info, photo, politic etc
0 comments:
Post a Comment