Wednesday 10 August 2016

'Fitnah Habuan RM90 juta' - Pas boleh saman tapi sumpah lagi berkesan, kata A Kadir

Rabu, 10 Ogos 2016

Pas boleh saman tapi sumpah lagi berkesan, kata A Kadir

Datuk A Kadir JasinDatuk A Kadir JasinWartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berpandangan adalah lebih baik Pas bersumpah berbanding menyaman Sarawak Report atas dakwaan kononnya Pas menerima habuan RM90 juta apabila parti itu dilihat menyokong dan membela perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib dalam kes 1 Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB).
Beliau berkata, walaupun dakwaan Sarawak Report itu dinafikan Pas, ia tetap memberikan isyarat yang mengelirukan kepada rakyat mengenai pembabitkan Pas dalam isu terbaru ini.
"Saya rasa Pas tidaklah terlalu naif untuk menyedari bahawa pendiriannya terhadap skandal 1MDB dan penglibatan Mohd Najib dalam skandal itu memberi signal yang mengelirukan.
"Ini menyebabkan ramai percaya memang ada kerjasama terselindung antara Pas dengan Umno.
"Ramai berpandangan bahawa setidak-tidaknya pun Presiden Pas, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya (Datuk) Dr Harun Din telah berpindah ke alam gelap (dark world) dengan menyokong dan membela Mohd Najib secara terbuka dalam kes 1MDB.
"Jadi apabila ada pihak yang mendakwa PAS menerima “sedekah” daripada Mohd Najib untuk tutup mulut, mesti ada orang yang percaya.
"Nak salahkan orang ramai pun tak boleh juga sebab ada banyak suara dalam Pas dan jalan cerita mengenai kerjasama dengan Umno pula sering berubah-ubah," terangnya dalam satu kenyataan di blognya semalam.
A Kadir berkata,wabak skandal 1MDB terus merebak yang kini sudah berjangkit kepada Pas apabila Sarawak Report mendakwa parti ulama itu telah menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri.
Justeru beliau mengulangi pandanganya sebelum ini yang pernah dilaporkan antaranya, beliau berkata, Pas sebagai parti ulama, masyarakat lebih percaya jika Pas bersumpah dengan al-Quran apa yang dilaporkan Sarawak Report adalah fitnah.
"Timbalan Presidennya, (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas pengendali portal berita itu kerana berniat jahat serta mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Pas.
"Dalam ulasan saya di portal berita Free Malaysia Today mengenai ancaman Tuan Ibrahim itu, saya menulis:
" RM90 juta terlalu banyak. Tak berapa masuk akal. Kalau RM9 juta lebih logik.
" Najib amalkan dasar "duit itu raja". Pas pula perlukan dana untuk lawan Amanah dan hadapi pilihan raya. Jadi "sedekah" daripada Najib atau Umno adalah logik.
"Pas boleh saman Sarawak Report. Kalau Pas saman, Pas jadi lebih berani daripada Najib, Umno dan kerajaan. Najib ancam saja tapi tak saman.
"Tapi sebagai parti ulama, orang lebih percaya kalau Pas sumpah dengan al-Quran yang laporan SR itu “fitnah”,ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena