Monday, 1 August 2016

[Video] Selamat Hari Pahlawan, TERUS GEMPUR 'Malaysian Official 1'.

Isnin, 1 Ogos 2016


Kenyataan Media
SELAMAT HARI PAHLAWAN, TERUS MENGGEMPUR 'MALAYSIAN OFFICIAL 1'
Tanggal 31 Julai, hari besar buat sekalian perajurit negara yang sedang mahupun yang telah berkhidmat dalam pasukan keselamatan. Detik-detik bersejarah mengenangkan gugurnya pahlawan-pahlawan ketika berjuang mempertahankan kedaulatan negara tidak akan pernah luput daripada kotak memori seluruh anak watan.
Kini negara berdepan kemelut pengkhianatan paling besar. Sosok durjana bergelar 'Malaysian Official 1' tanpa rasa bersalah berkomplot menyeleweng dana yang sepatutnya diurus dengan berhemat dan amanah. Bukan jutaan, bahkan berbillion ringgit! Suatu nilai pengkhianatan berskala mega yang tidak pernah terdetik di benak para pendahulu kemerdekaan negara.
Lebih menggusarkan apabila jenayah raksasa ini menatijahkan 'kesan domino'. Pembongkaran yang dikaitkan dengan urustadbir LTAT sebelum ini merupakan salah satu kes yang memberikan kesan langsung. Walau dinafikan pimpinan lembaga, soal kelewatan pembayaran caruman kepada para pesara diakui wujud dan pastinya telah menjejaskan ratusan perajurit yang terlibat. Itu baru LTAT, belum dicerita soal wang caruman KWAP!
Ledakan jenayah ini pastinya meletakkan rakyat di dua persimpangan. Antara _survival_ meneruskan hidup dan berjuang seupayanya demi masa depan. Mungkin semangat kepahlawanan perajurit yang gugur bermandi darah itu mampu ditanggap sebagai pedoman. Setidak-tidaknya untuk kita kejap berjuang dalam kapasiti masing-masing melengser anasir kebatilan.
Jangan berhenti. Pastikan pengkhianat-pengkhianat ini menjadi sejarah masa depan. Tanpa takut dan gentar, kita jadikan kemenangan rakyat itu satu realiti yang pasti. Usah dibiarkan pengorbanan pahlawan-pahlawan terdahulu tersia tanpa kesinambungan. Melangkah dan bertindaklah. Sekarang.
SANY HAMZAN
Ketua
Pemuda AMANAH Nasional
1 Ogos 2016

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena