Tuesday 4 April 2017

[Video Rancangan TV Persenda Najib] Najib pulak digesa mohon maaf? Motif sebenar isu RUU 355: Umpan UmnoBN untuk menarik Pas keluar dari permuafakatan PR & Pas berjuang untuk siapa?

Rabu, 5 April 2017

Persenda PM: Najib digesa mohon maaf sehingga Jumaat ini

 BERNAMA
Najib Ali
Personaliti hiburan Singapura, Najip Ali perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kenyataannya yang menghina dan mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan hiburan di Singapura.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata persatuan itu memberikan tempoh sehingga Jumaat ini, dan akan membuat laporan polis jika Najip gagal berbuat demikian.
"(Jika Najip enggan memohon maaf) Kami juga cadangkan supaya Najip disekat daripada membuat penampilan dalam rancangan televisyen Malaysia," katanya selepas menghadiri Program Kajian Insan 'Khazanah Seni Negara' yang dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di sini hari ini.
Najip Ali ketika ini menjadi juri tetap sebuah program lawak di saluran Astro.
Baru-baru ini, stesen penyiaran Mediacorp 5 milik Temasek Holdings menerusi program 'OK Chope!' dalam episod ke-26 program itu dilihat telah mempersendakan dan menghina perdana menteri.
Dalam rancangan itu, peserta diminta melengkapkan ayat: "Najib slams ... for threatening Malaysia's progress". Para peserta program itu termasuk Najip, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.

MALAYSIA DATELINE


Hentikan polemik RUU 355, fokus tolak penguasa rasuah

Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menggesa supaya polemik berkaitan Rang Undang-undang (RUU) 355 dihentikan daripada terus diperbodohkan oleh pihak yang hanya mahu membiarkan rejim Umno-BN kekal berkuasa.
Menurutnya, isu pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 jelas hanya permainan politik Umno-BN seperti terbukti pada pengumuman Najib Razak bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan membentangkan RUU 355 di Parlimen ekoran keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.
"Hentikan dari dipermain dan diperbodohkan dengan polemik RUU 355 ini oleh golongan yang mahu mengekalkan kuasa Umno BN dan mereka yang menyokong penguasa politik yang rasuah dan tidak amanah ini.
"Sejak awal lagi kami (Amanah) mengambil pendirian jika benar-benar kerajaan ikhlas dan yakin bahawa isu RUU 355 sebagai keperluan penting perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan sendiri akan mengambil inisiatif memindanya," tegas beliau.
Ujarnya, motif sebenar isu RUU 355 adalah bagi memelihara kepentingan politik parti pemerintah apabila digunakan sebagai umpan untuk menarik Pas keluar dari permuafakatan Pakatan Rakyat (PR).
"Lalu, tercetuslah apa yang berlaku sehingga kemudiannya Pas berpecah selepas berlakuknya pembersihan golongan progresif dan pro-PR. 
"Lalu, Najib dan pimpinan Umno telah 'melayani' kehendak Pas seolah-olah menyokong RUU 355 ini. Sekarang seluruh rakyat jelas kedudukan perkara ini bahawa perhitungan kepentingan politik Umno-BN menentukan dan mengatasi segala-galanya," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad menyifatkan isu RUU 355 turut berjaya memecahbelahkan umat Islam itu sendiri sehingga mengheret ke kancah 'takfiri' apabila pihak yang mempertikaikan sebarang aspek cadangan RUU 355 itu atau menolaknya dianggap telah ‘gugur aqidah’ dan menentang syariah Islam.
"Untuk ingatan, pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan digunakan untuk menyatakan semua ahli parlimen ‘wajib’ sokong, sedangkan RUU 355 adalah proses legislatif (at-Taqnin) yang semestinya melalui proses perbahasan dan perdebatan," kata beliau.
Jelasnya, proses itu penting bagi mengenalpasti langkah terbaik untuk mencapai cita-cita murni memperkasakan Mahkamah Syariah bukan sekadar meningkatkan jumlah hukuman semata-mata tanpa melalui kajian impak dan kemunasabahan yang mendalam.
"Himpunan Ungu di Padang Merbok pula memperlihatkan terdesaknya Pas dan Umno mahu menggunakan sentimen Islam-Melayu sehingga menimbulkan kebimbangan kepada asas negara ini dibina iaitu permuafakatan dan perpaduan nasional antara kaum dan agama. Seperti didakwa sesetengah pimpinan Pas dan Umno, kononnya RUU 355 adalah lambang 'penyatuan umat Melayu-lslam'. 
"Amanah, sejak awal lagi telah tegaskan pandangan sebenar kami tentang perkara ini. Ahli-ahli Parlimen kami telah mengemukakan cadangan balas tentang RUU 355 bagi 'Memperkasakan Mahkmah Syariah' secara substantif dan menyeluruh," katanya.
Sehubungan itu, Mohamad menyeru umat lslam dan seluruh rakyat kembali kepada isu besar yang sedang mengancam kelangsungan tanah air tercinta ini dengan segera kembali memahami reformasi penting dan kritikal buat kesejahteraan dan kemakmuran seluruh negara adalah dengan menolak penguasa politik yang rasuah, tidak amanah, tidak kompeten, jenis balun, boros dan bolot kekayaan negara. 
"Bebanan kos sara hidup rakyat dari segi pemakanan, pengangkutan, kesihatan, pendidikan, perumahan, peluang pekerjaan bagi penganggur khasnya belia dan graduan, kejatuhan nilai ringgit, impak cukai GST dan penarikan pelbagai subsidi untuk rakyat, adalah isu-isu sebenar yang cuba dialih pandang oleh kerajaan Najib.
"Menolak pimpinan yang yang rasuah, merompak, mencuri wang rakyat dan membebankan rakyat adalah tanggungjawab semua pihak," tegas bekas Ahli Parlimen Nilam Puri, Kubang Kerian dan Kuala Kedah itu lagi.



Avatar


masa gst dulu pun pas sibuk dengan hududnya hingga isu gst tenggelam , tiba2 ia diluluskan, sekarang ni hampir pru14 ,pas akan terus timbulkan isu hudud supaya 1mdb tenggelam pru nanti umno masih berkuasa , inilah cara kerja pas , rakyat patut sedar dan cuba perhatikan pas berjuang untok siapa

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena