Tuesday 4 April 2017

[Video 'Apa diharap kasihnya orang'] KWSP RUGI RM203.18 juta saham dalam FGV memalukan!

Rabu, 5 April 2017
Foto Pakatan Harapan.

PENGESAHAN KERAJAAN BAHAWA FGV BERMASALAH ADALAH MEMALUKAN

Kerajaan pada hari ini telah mengesahkan bahawa FGV sebenarnya bermasalah, ini apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan kerugian sebanyak RM203.18 juta setelah menjual saham-saham miliknya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada bulan Ogos yang lalu.

Kenyataan mewakili kerajaan ini adalah pengesahan bahawa Felda Global Ventures (FGV) sememangnya bermasalah sehingga KWSP terpaksa menjual saham milknya daripada FGV.

Perlu disedari bahawa tindakan KWSP adalah respon kepada prestasi kewangan yang bermasalah secara berterusan serta pengurusan lemah dan mengelakkan KWSP yang dimiliki rakyat terbanyak mengalami kerugian yang lebih parah.

Kelemahan pentadbiran FGV bukan sahaja telah mengakibatkan kerugian terhadap peneroka Felda malah kepada rakyat biasa yang juga selaku pencarum kepada KWSP.

Dalam keadaan yang semakin parah ini, segala transaksi yang tidak telus dan melibatkan kepentingan pihak tertentu, seperti pelaburan Eagle High Plantations dan pinjaman wang dari Putra Star Investments perlu dibatalkan.

Pakatan Harapan akan menyusun semula pelaburan Felda bagi memberikan tumpuan kepada perniagaan teras perladangan yang selaras dengan objektif meningkatkan kesejahteraan peneroka.

Pakatan Harapan juga akan mengkaji manfaat dan risiko mengembalikan kawalan majoriti Felda Holdings Berhad dari FGV kepada Koperasi Permodalan Felda.

PAKATAN HARAPAN

Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Parti Amanah Negara
(AMANAH)

YB Dato' Ariff Sabri
Parti Tindakan Demokratik
(DAP)

Syed Ibrahim Syed Noh
Parti Keadilan Rakyat
(PKR)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena