Tuesday 4 April 2017

[Video Isteri PM Bawa Berpuluh-puluh Beg] RUU355: Komponen BN terus main sandiwara, PAS dibohongi sekali lagi?

Rabu, 5 April 2017


Foto Parti Amanah Negara.
Hanya kerana isu RUU355

Foto Parti Amanah Negara.
Sejak awal lagi kami mengambil pendirian jika benar-benar kerajaan ikhlas dan yakin bahawa isu RUU 355 sebagai keperluan penting perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan sendiri akan mengambil inisiatif memindanya.

RUU355: Komponen BN terus main sandiwara, PAS bakal dibohongi sekali lagi?

GEORGE TOWN, 4 APRIL: Parti komponen Barisan Nasional (BN) digesa untuk menyatakan pendirian terhadap usul pindaan rang undang-undang persendirian RUU355 yang mungkin dibentangkan Khamis ini.
Sikap berdiam diri komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS dan SUPP ekoran pengumuman pembentangan usul tersebut oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam hanya memperlihatkan sikap berdolak-dalik dan sandiwara BN.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kenyataan komponen BN yang sebelum ini dilapor media kononnya menolak cadangan usul tersebut dibentangkan jelas sekadar sandiwara dan merupakan pembohongan besar-besaran kepada orang awam.
“Adakah Najib boleh memberi jaminan untuk mengutamakan urusan kerajaan dan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat supaya RUU355 tidak akan dibenarkan untuk dibahas dan diundi di Parlimen?
“Kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan pengumuman Najib sebelum ini bahawa BN tidak akan mengambil alih RUU355 sebagai rang undang-undang kerajaan sekadar sia-sia jika RUU355 akhirnya boleh dibahas dan diluluskan di Parlimen,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Ini kerana nasib usul persendirian Presiden PAS tersebut ditentukan oleh kerajaan BN dan bukannya Speaker Dewan Rakyat.
“BN sebenarnya boleh menentukan nasib RUU ini dibentang dan dibahaskan malah diluluskan di Parlimen dan bukannya Speaker.
“Adakah BN juga akan berdolak-dalik sekali lagi terhadap usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah  dengan membenarkan Speaker Dewan Rakyat memberi keutamaan supaya RUU355 dibentangkan dalam sidang Parlimen?
“Sekarang adakah pengkhianatan terhadap janji-janji RUU355 akan berulang kembali?” soalnya.
Ini kerana BN memang terkenal dengan sikap berdolak dalih. Malah sebelum Pilihan Raya Umum tahun 2013, Perdana Menteri Najib Razak pernah mengingkari janji untuk memansuhkan Akta Hasutan.
“Beliau juga pernah menyatakan sebelum pilihanraya 2013 bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.
“Bagaimanapun, sekarang Najib enggan menegaskan kenyataanya sebelum ini, lebih-lebih lagi setelah dilihat semakin mesra dengan PAS,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Sebaliknya jelas Guan Eng, Najib menzahirkan sokongan BN terhadap RUU355 melalui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan BN akan membentangkan RUU355 di Parlimen. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena