Monday 18 December 2017

[Video MALAYSIA TERKENAL DENGAN KLEPTOKRASI & Aishah - All By Myself] Mahamad Sabu jamu durian bersama 'Juara Gegar Vaganza 4' & Pemuda Amanah ucap tahniah kemenangan Aishah dalam GV4.

Isnin, 18 Disember 2017


Foto Mohamad Sabu.

Foto Mohamad Sabu.

Foto Mohamad Sabu.



Mohamad Sabu telah menambah 5 foto baru — bersama Salahuddin Ayub.
4 jam
Berehat bersama teman-teman di dusun seorang sahabat di Pekan Nanas, Johor.
Wan Aishah yang baru dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 4 juga singgah bersantai bersama kami.
Tahniah kepada Wan Aishah the living legend.

Pemuda Amanah ucap tahniah kemenangan Aishah dalam GV4

Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin kerana menjuarai Konsert Gegar Vaganza 4 (GV4) semalam

Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kejayaan Aishah mengalahkan lima lagi peserta akhir konsert GV4 ini nyata mengubat kerinduan jutaan peminat yang mendewasa dengan lagu-lagu popularnya.

“Pemuda AMANAH percaya bahawa kejayaan Aishah bakal menjadi penanda aras baharu dalam melahirkan artis muda yang berkualiti, seterusnya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Shazni Munir Mohd Ithnin
Shazni Munir Mohd Ithnin

“Semoga Aishah terus maju demi memartabatkan karya seni di peringkat lebih tinggi. Kami akan terus menyokong dan mendoakan agar segala impian dan cita-cita beliau tercapai,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Aishah ialah ahli jawatankuasa AMANAH Nasional dan Ketua Wanita AMANAH (Awan) Kawasan Batu.
Semalam pelantun lagu ‘Janji Manismu’ itu merangkul tempat pertama dengan membawa pulang wang tunai RM100,000 tunai dan satu lot tanah banglo sumbangan Bina Megan Empire dan pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan portal selamatbercuti.com. Selain baucar membeli-belah bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan piala Gegar Vaganza.
Aishah,52, menewaskan lima peserta lain, Liza Hanim, Hazami, Lan, Firman dan Tia Jinbara.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena