Tuesday 15 May 2018

[LIVE: Anwar bebas hari ini] LANGSUNG: Anwar keluar hospital menuju ke istana.

Rabu, 16 Mei 2018


LANGSUNG: Anwar keluar hospital menuju ke istana


Selepas menjalani lebih tiga tahun hukuman penjara atas kesalahan meliwat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir dibebaskan. Ini susulan Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara itu.
Anwar dan keluarganya, khususnya Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga adalah isterinya dan anak mereka, Nurul Izzah yang kini adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul, telah lama mendakwa pertuduhan itu bermotivasi politik.
Kekalahan mengejutkan BN pada pilihan raya umum minggu lalu menyaksikan kerajaan HARAPAN yang baru bergerak pantas untuk mendapatkan pengampunan buat Anwar dan melepaskannya dari penjara.
Anwar dijangka mengambil alih daripada perdana menteri ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa dua tahun.
Tajuk utama:
  • Anwar keluar dari hospital dan sedang menuju ke Istana Negara
  • Beliau dijangka dibebaskan pada jam 11.30 pagi
  • Seri Paduka berkenan berjumpa Anwar, Wan Azizah, Azmin pada jam 12.30 tengah hari
  • Lembaga Pengampunan bersidang jam 11 pagi
  • Malaysiakini.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena