Tuesday 15 May 2018

[Video Isu Penjawat Awam Yang Tidak Disambung Kontrak. PMO Rupanya & Dulu Musuh, Sekarang 4 Sekawan] Menteri Pertahanan: Jangan ulangi apa yang dilakukan Najib.

Rabu, 16 Mei 2018



Jangan ulangi apa yang dilakukan Najib, pesan Mohamad Sabu

Jangan ulangi apa yang dilakukan Najib, pesan Mohamad Sabu

Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu berkata, kemenangan Pakatan Harapan (PH) adalah atas sokongan rakyat, justeru pemimpin-pemim PH katanya tidak boleh bersikap sombong dan lupa diri.
“Kekuatan PH adalah pada tuan-tuan semua, bukan pada mereka yang menang.
“Yang menang adalah tuan-tuan,” kata beliau berucap pada majlis jamuan kesyukuran di Bukit Kemuning Shah Alam malam tadi.
Sehubungan itu juga beliau mengingatkan pemimpin PH agar tidak menjadi sombong dan angkuh dengan duit, kerana jika hal itu berlaku jelasnya, pemimpin PH juga akan menjadi seperti Najib dan Rosmah.
Jelas Mohamad, rakyat Malaysia hari ini adalah rakyat yang mampu menjatuh dan menaikkan sesuatu kerajaan.
Justeru tambahnya, jika PH berbuat tidak betul, rakyat juga boleh menjatuhkan kerajaan PH sebagaimana mereka menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib Razak.
Mohamad Sabu di jamjlis jamuan kesyukuran di Bukit Kemuning, Shah Alam malam tadi.
“Sebab itu kita kena berhati-hati dan laksanakan amanah yang diberikan rakyat dengan jujur,” kata Ahli Parlimen Kota Raja itu.
Berhubung pembebasan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad berkata, beliau berharap dengan pembebasan tersebut ia dapat menjadikan PH lebih kuat melalui penglibatan Anwar nanti.
Dalam majlis berkenaan beliau juga memberitahu tiga nama daripada parti AMANAH yang dicadangkan untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri Kabinet adalah pemimpin tertinggi parti itu.
Beliau berkata, senarai nama itu dihantar kelmarin kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini terpulang kepada budi bicara beliau untuk memutuskan mereka berada di kementerian mana.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena