Friday, 4 May 2018

[Video 10 tahun pencen, 'Iron lady' Rafidah jelaskan kenapa muncul kembali] TETAMU KEJUTAN, BEKAS KETUA WANITA UMNO MALAYSIA bersama Jelajah Harapan Melaka & HARAPAN ulangi pendirian pertahan hak Melayu dan Islam.

Sabtu, 5 Mei 2018

TETAMU KEJUTAN, BEKAS KETUA WANITA UMNO MALAYSIA!



Image may contain: 1 person, text
Tumpang sekole.

HARAPAN ulangi pendirian pertahan hak Melayu & Islam


Dakwaan lapuk pemimpin UMNO-BN memperleceh intelek orang Melayu kononnya kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan menghakis hak istimewa orang Melayu dan kepentingan Islam adalah mengarut dan tidak benar.
Calon Pakatan Harapan Parlimen Seremban Anthony Loke berkata, DAP tetap berpegang teguh pada Perlembagaan Persekutuan dan tidak mempersoal mana-mana jaminan yang termaktub dalam undang-undang tertinggi negara itu.
Beliau menegaskan perkara tersebut di hadapan kira-kira 5,000 hadirin dalam Ceramah Kebangkitan Rakyat di Putrajaya malam tadi.
“Pada hari ini UMNO telah melakukan psywar (perang saraf) mengatakan kononnya kalau undi Pakatan maknanya undi DAP, kalau Pakatan menang, (kononnya) akan ubah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – Agama Islam.
“Saya nak bagi jaminan kepada tuan puan. Dalam Pakatan Harapan, perjanjian kita dan manifesto kita, apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan diubah sama sekali!
“Perkara 3 Agama Islam sebagai agama Persekutuan itu akan dimartabatkan, diangkat dan dipertahankan! Perkara 152 Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan, itu akan dipertahankan! Perkara 153 Hak Istimewa orang Melayu tidak akan dipersoalkan!
“Yang kita nak laksanakan ialah tumbangkan Najib, yang kita nak lawan ialah rasuah, bukan antara orang bukan Melayu dan Melayu!” katanya disambut sorakan gemuruh hadirin. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena