Friday, 4 May 2018

[Video Gambar Tun Mahathir Pun Mereka Takut] Pusat kempen parti politik dirosakkan di Bandar Tasik Puteri.

Sabtu, 5 Mei 2018

Mahathir Photo Cut From Billboard - Election 2018

Pusat kempen parti politik dirosakkan di Bandar Tasik Puteri

Meja diterbalikkan, poster bersepah di pusat kempen Blok 16, Bandar Tasik Puteri malam tadi.
Kempen pilihan raya ke 14 di Bandar Tasik Puteri, Kuang telah tercemar malam tadi apabila pihak-pihak yang tidak bertanggungjawb telah merosakkan pusat kempen Pakatan Harapan di Blok 16, kawasan perumahan itu.
Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Batu Arang oleh ketua pusat kempen itu, Mohammad Amri bin Abdul Majid.
Menurut laporan polis itu, Amri berkata, ketika beliau meninggalkan pusat kempen itu pada jam 2.30 pagi tadi, ia berada dalam keadaan baik.
Namun apabila beliau pergi pada pagi tadi, pusat kempen itu telah berselerak.
Pusat kempen blok 16 adalah antara pusat aktiviti yang paling awal ditubuhkan oleh Pakatan Harapan di Bandar Tasik Puteri yang mempunyai 7,500 pengundi berdaftar itu.
Mereka berkempen untuk calon DUN Kuang, Salleh Amiruddin dari Bersatu dan calon Parlimen Selayang yang diwakili oleh William Leong.
Malaysia Dateline difahamkan, pusat kempen Umno juga dirosakkan malam tadi.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena