Pencuri tetap pencuri, sama ada wira atau perdana menteri, kata Ezam
Pengerusi Hisbah Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor menegur sikap wakil rakyat yang mempersoalkan tata cara penyiasatan yang harus dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Beliau berkata, ramai pihak terlupa bahawa dakwaan membabitkan pemimpin negara itu telah lama berlansung sehinggalah ketika Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, rakyat membuat pilihan untuk menukar kerajaan kepada Pakatan Harapan.
Justeru bekas senator ini berkata, mana-mana pihak yang mempersoalkan tata cara penyiasatan itu untuk kembali kepada peristiwa di zaman Rasulullah saw.
“Pengajarannya ialah pencuri adalah pencuri.Samada dia perwira atau perdana menteri dia tetap pencuri dan mesti dihukum dengan tegas.Lebih-lebihlagi mencuri harta negara.
“Ada Hadis membawa kisah Rasulullah enggan bersama sembahyangkan jenazah orang yang bersalah mencuri harta negara.
“Ironinya ada wakil rakyat pula yang tampil membawa macam-macam persoalan kepada tatacara proses pengadilan ini.
“Fahami betul pengajaran Rasulullah saw ini.Kepimpinan bukan soal enteng dan main-main untuk dapat likes paling banyak,”
ujarnya dalam kenyataan.
ujarnya dalam kenyataan.
Beliau merujuk mengenai siasatan pihak polis di kediaman Najib pada 18 Mei lalu yang tidak disenangi oleh Pas disebabkan ia dilakukan pada bulan Ramadan.
Pas dalam satu kenyataan Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, dipetik berkata, tidak bersetuju dengan tindakan polis menggeledah kediaman Najib sepanjang malam, khususnya sewaktu bulan Ramadan tidak bersesuaian dan akan membawa tanggapan negatif di kalangan masyarakat.
Menurut Ezam lagi, terdapat sebahagian rakyat yang lupa proses siasatan yang dilakukan mengaitkan dakwaan terhadap bekas presiden Umno otu sudah berlarutan sekian lama.
“Tiba-tiba kita seperti lupa proses ini sudah tertangguh bertahun dan hanya bila terjadi dengan keputusan rakyat yang menukar pemerintahan.
“Ianya bertolak dari keputusan rakyat dan harta yang menjadi isu ini adalah harta rakyat.Ini 2 asas paling penting yang perlu dihormati,” ujarnya lagi.
Justeru beliau berkata, Hisbah mengharapkan wakil-wakil rakyat dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka.
“Memelihara kepentingan rakyat bukan kepentingan populariti mereka.Dan harta ini adalah harta rakyat bukan harta peribadi mereka.
“Hisbah juga mengajak wakil-wakil rakyat ini belajar dari peristiwa Khaybar.Berlaku peperangan di Khaybar dan setelah menang ada kalangan tentera yang mencuri harta rampasan yang seharusnya menjadi milik negara menjadi harta peribadi mereka.
“Apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw apabila dibawa kes ini kepada baginda?Beliau tanpa kompromi sama sekali mengisytiharkan pencuri itu ahli neraka dan dihukum,” ujarnya.
Kata Ezam lagi, pemimpin perlu belajar dari ketegasan Rasulullah saw.
“Yang dihukum ini adalah salah seorang perwira yang baru sahaja membantu pasukan Rasulullah saw menang dalam peperangan.
“Status itu tidak menghalang hukuman tegas dan tanpa simpati dilakukan kerana ianya bersabit harta negara,” terangnya.
Sebagai rekod pada Rabu lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mula membuat pemeriksaan serentak di enam premis bagi membantu siasatan kes 1MDB iaitu di Pejabat Perdana Menteri dan kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya, kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, serta tiga unit kediaman di kondominium mewah.
Hasil serbuan, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Selain itu, sebanyak 284 kotak yang mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah turut dirampas dari tiga buah unit kediaman di kondominium tersebut di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
0 comments:
Post a Comment