Wednesday 16 May 2018

[Video Akhirnya....ROS lulus pendaftaran HARAPAN] Penubuhan Pakatan Harapan diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan hari ini.

Rabu, 16 Mei 2018

Hasil carian imej untuk Gambar pengarah ROS

Hasil carian imej untuk Gambar pengarah ROS

Penubuhan Pakatan Harapan diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan hari ini


Pakatan Harapan (PH) hari ini diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Sijil pendaftaran yang bertarikh 16 Mei 2018 itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim.
Kemelut pendaftaran PH untuk menjadi sebuah gabungan parti politik menghadapi pelbagai halangan daripada RoS apabila dua parti dalam gabungan itu DAP dan Bersatu tidak menepati peraturan pendaftaran pertubuhan.
Pada 3 Februari DAP telah mengadakan pemilihan semula CEC pada 12 November tahun lalu yang telah diaudit oleh firma antarabangsa Grant Thornton bagi  mematuhi syarat sebagaimana ditetapkan RoS..
Namun Ros masih lagi tidak memberikan sebarang jawaban kelulusan penubuhan PH sehinggalah RoS mengesahkan pendaftaran PH tidak dapat diprose berpunca daripada salah satu parti komponennya iaitu Bersatu yang masih belum menjawab dan menyerahkan maklumat kepada RoS.
Ros telah membubarkan sementara Bersatu pada 5 April lalu dan memberikan tempoh 30 hari untuk menghantar semua dokumen yang diperlukan RoS dan jika ada rayuan dan ditolak, Bersatu akan dibatalkan pendaftarannya yang sekaligus menjadi penghalang kepada penubuhan PH.
Kronologi halangan kepada Penubuhan PH
24 Jun 2016- Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno
9 Ogos 2016- Borang permohonan untuk mendaftarkan PPBM dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli jawatankuasa.
8 September 2016- RoS meluluskan penubuhan Bersatu.
9 November 2017- RoS mengeluarkan kesalahan PPBM kerana menggunakan istilah Armada yang tidak terkandung dalam perlembagaan parti sekali gus boleh menyebabkan ia dibatalkan
17 November 2017 – RoS menjelaskan Bersatu boleh diharamkan pendaftarannya kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti itu.
Tiga kesalahan itu ialah tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.
23 November 2017- Bersatu kemuka permohonan daftar parti kepada RoS.
24 November 2017 – Sebanyak 358 aduan berhubung kegagalan pucuk kepemimpinan PPBM mematuhi ketetapan parti sudah dikemukakan kepada RoS oleh 26 bahagiannya di Johor setakat 20 November lalu.
7 Januari 2018- Pengerusi Bersatu Tun Mahathir kemudian dilantik sebagai calon Perdana Menteri oleh Pakatan Harapan.
15 Februari 2018 – Bekas Ketua Pemuda Bersatu Bahagian Klang, Mohd Kairol Faizal Mohd Nordin mendesak RoS didesak menggantung atau membatalkan parti itu jika isu perlanggaran perlembagaan yang dilakukan pimpinan parti bertentangan dengan mana-mana Akta Pertubuhan Malaysia.
21 Februari 2018 – Beberapa pemimpin PH memfailkan saman terhadap RoS kerana mendakwa jabatan itu gagal memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi.
22 Februari 2018 – Hampir 1,000 ahli akar umbi dan bekas pemimpin kanan PPBM berhimpun di hadapan Ibu Pejabat RoS di sini, bagi mendesak tindakan segera dan tidak memberi ‘keistimewaan’ kepada Bersatu, jika terbukti terdapat salah laku dan pelanggaran fasal dalam perlembagaan parti itu.
9 Mac 2018 – RoS mengeluarkan kenyataan bahawa satu notis dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 kepada Bersatu, yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan berkenaan.
Menerusi Notis 14 (2) itu, Bersatu diarah mengemukakan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti terbabit.
10 Mac 2018 -Bekas Exco Armada Bersatu Wahazir Wahabi, menyifatkan teguran RoS terhadap parti itu, sebagai bukti kebenaran dakwaan ahlinya selama ini bahawa parti itu tidak mengendalikan urusan parti mengikut undang-undangnya sendiri seperti maklumat perhimpunan agung tahunan yang tidak betul dan mewujudkan ‘sayap haram’ dikenali sebagai Armada tanpa peruntukan di dalam perlembagaan.
16 Mac 2018 – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui parti itu tidak dapat memenuhi dua daripada sembilan perkara dituntut RoS, iaitu laporan mesyuarat bahagian dan cawangan kerana ia belum dan tidak dapat dilaksanakan.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena