Wednesday 16 May 2018

[Video Najib: GST kita baru 6% dah bising, India 28% & Saya tak perlu berada dalam kabinet buat masa ini - Anwar] Kementerian Kewangan: GST dimansuhkan 1 Jun.

Rabu, 16 Mei 2018


Kementerian Kewangan: GST dimansuhkan 1 Jun

Kementerian Kewangan: GST dimansuhkan 1 Jun
Kementerian Kewangan Malaysia hari ini dalam satu kenyataan memaklumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6peratus akan dikenakan GST pada kadar sifar 0 peratus.
Ini bermakna GSt secara lansung akan dimansuhkan pada 1 Jun depan dan terpakai di seluruh negara sehingga di maklumkan kelak.
Penetapan tersebut tidak meliputu barang dan perkhidmatan yang disenggarakan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan daripada GST.
Menurut kenyataan itu lagi, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan kadar sifar ini.
Pada masa yang sama peniaga yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya berkenaan pengeluaran invois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai imput.
Peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa.
Dalam perkembangan sama hari ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan kerajaan menghentikan kutipan GST.
Pemansuhan GST adalah sebahagian daripada manifesto kerajaan baru Pakatan Harapan yang berjanji akan melaksanakannya dalam tempoh 100 hari.
Hari ini menandakan hari ketujuh gabungan PH berkuasa selepas ia menamatkan pemerintahan 61 tahun BN yang menerajui negara sejak kemerdekaan sehingga pilihan raya umum 9 Mei lalu.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena