Thursday, 10 May 2018

[Video Bekas Menteri MERABAN! Saya nak tengok macam mana HARAPAN hapuskan GST] Kerajaan sasar rakan subahat kleptokrat.

Jumaat, 11 Mei 2018

Related image
Image may contain: 5 people, people standing

Kerajaan sasar rakan subahat kleptokrat


Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kerajaan akan menggugurkan beberapa ketua agensi kerajaan.
"Beberapa ketua agensi akan digugurkan.
"Kita dapati beberapa individu membantu dan bersubahat dengan bekas perdana menteri yang dikecam di seluruh dunia sebagai kleptokrat," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media yang diadakan sejurus selepas mengangkat sumpah di depan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan membuat perubahan di dalam agensi yang sebelum ini didakwa melindungi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dr Mahathir diiringi pemimpin HARAPAN termasuklah Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Sebagai bekas pembangkang, HARAPAN mendakwa Najib dan BN tidak menghormati prinsip berhubung pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.
Antara lain, pemimpin HARAPAN mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu BN dalam pilihan raya umum ke-14 melalui persempadanan semula dan memperkenalkan pelbagai peraturan yang cenderung berpihak kepada BN.
HARAPAN turut mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pejabat Peguam Negara bertindak berat sebelah terhadap pembangkang dan melindungi pemimpin BN termasuk Najib.
Malaysiakini.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena