Tuesday 15 May 2018

[Video Ceramah 'Menteri Pertahanan' sebelum PRU14-Nyaris lempar mikrofon, marah Pas 'kedarah' duit Umno & Saya dan Mahathir macam kekasih berbisik-bisik] Wanita memakai sareee PKR tarik tumpuan mahu raikan Anwar bebas

Selasa, 15 Mei 2018


Wanita memakai sareee PKR tarik tumpuan mahu raikan Anwar bebas


Wanita memakai  sareee PKR  tarik tumpuan mahu raikan Anwar bebas
Seorang wanita Devamalar R. Mugam sejak awal pagi sudah berada di hadapan Pusat Rehabilitasi Hospital Cheras semata-mata untuk menyambut pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengayakan sepasang saree.


Beliau juga sanggup mengambil cuti hari ini dan bangun seawal 4.00 pagi hari ini, untuk bersiap sedia menemui tokoh reformasi itu.
“Saya mengambil cuti dari kerja dan bangun pukul 4 pagi untuk bersiap sedia.
“Saya adalah yang pertama di sini pada jam 7 pagi dan hanya mengetahui kemudian bahawa Anwar akan dibebaskan esok (16 Mei),” katanya ketika ditemui di luar pusat itu seperti dilaporkan Staronline.
Semalan dilaporkan Anwar akan dibebaskan hari ini tetapi masa itu dipinda pada esok. Ini berikutan  Lembaga Pengampunan Diraja akan membincangkan pembebasan Anwar pada esok, tetapi tidak dapat dipasti bila waktu pembebasan itu akan berlaku.
Devamalar berkata beliau memutuskan untuk mengubah bentuk sepanduk PKR menjadi saree untuk  menyambut Anwar.
“Suami saya  dapatkan sepanduk 6meter  ini dan saya membelanjakan RM150 untuk dijadikan saree,” katanya.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena