Tuesday 15 May 2018

[Video Presiden Jokowi ucap tahniah pada Dr Mahathir & Menteri Pertahan: Melayu bising bila Mat Sabu bukak baju tapi tidak kisah dengan Rasuah] Permohonan bekas Adun Behrang sertai Bersatu ditolak tanpa rundingan.

Selasa, 15 Mei 2018


Hasil carian imej untuk Gambar mat sabu menteri pertahanan
Menteri Pertahanan Malaysia. Masyhur namanya Mat Sabu.

Permohonan bekas Adun Behrang sertai Bersatu ditolak tanpa rundingan

Permohonan bekas Adun Behrang sertai Bersatu ditolak tanpa rundingan

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Datuk Azumu berkata, permohonan bekas Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi untuk menyertai Bersatu telah ditolak tanpa rundingan.
Kata beliau, selaku pengerusi Bersatu Negeri Perak yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri dengan ini ingin memaklumkan bahawa beliau telah hadir ke satu majlis kemasukan Adun Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharuddin pada 14/5/2018 yang telah diadakan di Hotel Kinta RiverFront.
“Seperti yang semua maklum bahawa Datuk Zainol Fadzi Paharuddin adalah antara mereka yang menyatakan sokongan kepada PH Negeri Perak selepas PRU14 yang lalu.
“Kehadiran saya tidak lain hanya untuk menerima kemasukan beliau dan meraikan penyertaan yang lain sebagai tanda sokongan kepada parti Bersatu Malaysia peringkat Negeri Perak.
“Namun setelah berakhir sidang media saya dimaklumkan kehadiran saudara Jamaluddin Mohd Radzi yang telah menjadi salah satu faktor pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat sehingga berlaku krisis pentadbiran di negeri perak pada tahun 2008.
Untuk itu setelah mengambil maklum semua perkara dan asas yang kukuh saya dengan ini memaklumkan bahawa permohonan beliau untuk menyertai Bersatu telah ditolak tanpa rundingan,” kata beliau dalam kenyataan medianya hari ini.
Keputusan tersebut kata beliau, diambil atas prinsip bahawa setiap kemasukan sesiapa sahaja ke dalam PH khususnya di Negeri Perak akan dibawa untuk pertimbangan yang tegas agar segala episod duka rakyat tidak berulang.
Ahmad Faizal mengucapkan terima kasih kepada rakyat Perak yang memberikan kritikan ke atas isu ini dan kepada pimpinan PH Negeri Perak yang bersama-sama beliau teguh untuk memastikan Kerajaan Perak terus mendahulukan rakyat dan memperkukuhkan Kerajaan Negeri.
Pelbagai pihak berang apabila Jamaludin dikatakan diterima sebagai ahli Bersatu selepas mengkhianati kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena