Monday, 7 May 2018

[Video Dr M bimbang calon HARAPAN dibeli] Bajet kesihatan & pendidikan dipotong, TETAPI BAJET UNTUK PERMATA-ROSMAH TERUS BERTAMBAH? Tu pon masih buta lagi sokong & undi BN.

Selasa, 8 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.
Bila dah berjaya kutip cukai GST lebih seratus bilion ringgit, subsidi & bantuan rakyat dipotong, bajet kesihatan & pendidikan dipotong.. TETAPI BAJET UNTUK PERMATA-ROSMAH TERUS BERTAMBAH..?

NAMPAK TAK !!!

Tu pon masih buta lagi sokong & undi BN..

Dr M bimbang calon HARAPAN dibeli


Calon Parlimen HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan jika BN membeli wakil rakyat mereka sekiranya gabungan itu memenangi PRU14.
Hadir sama dalam ceramah itu, calon DUN Kuah Firdaus Ahmad dan Calon DUN Ayer Hangat Johari Bulat yang turut di tanya Dr Mahathir di hadapan hadirin sekiranya mereka rela dibeli jika ditawarkan wang yang banyak.
“Calon kita pun dia cuba nak beli. Ini calon, ini belum nak bertanding lagi, saya takut bila calon kita menang dia nak bagi 10 juta, (kamu nak) terima tak,” soalnya dan Firdaus serta Johari terus menggeleng.
Dr Mahathir sekali lagi bertanya, jika jumlah yang ditawarkan adalah RM20 juta adakah Firdaus dan Johari mahu menerimanya, kedua-dua calon tersebut sekali lagi menggeleng menyebabkan hadirin yang hadir ketawa.
Tak jual diri kerana duit
Justeru Dr Mahathir berkata, wang tidak mampu membeli maruah rakyat dan jika mana-mana pihak bebuat demikian maka, mereka akan dipandang hina.
“Duit tak boleh beli maruah orang, orang nak jaga maruah mereka dan mereka takkan jual diri mereka semata-mata duit kerana kalau mereka buat demikian, masyarakat akan pandang hina kepada mereka kerana menjual diri mereka sebab itu kita dalam perlu tumpukan Najib akan dikalahkan,” katanya.
Bercakap di hadapan 3,000 orang Dr Mahathir berkata rakyat perlu mengundi HARAPAN supaya BN tidak boleh terus menipu rakyat.
Bekas perdana menteri 22 tahun itu turut mendakwa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak merasa takut untuk menghadapi PRU14.
“Najib cukup takut pilihan raya dia tunggu lambat baru nak ada pilihan raya tetapi akhirnya terpaksa ada pilihan raya tetapi dia nak tentukan pilihan raya ini dia akan menang sebab itu bila tengok senarai pengundi pun dia takut,” katanya.
Dr Mahathir turut mendakwa Najib juga takut melihat posternya dalam papan iklan kempen HARAPAN menyebabkan gambar wajahnya dikoyakkan.
“Lepas tu dia takut gambar saya, gambar saya, gambar saja bukan boleh makan orang. Pi koyak buang gambar saya tak bagi nampak muka saya, tak nampak pun orang lain nampak juga.
“Dia tak nampak tapi orang lain nampak, yang nak undi bukan dia, pengundi lain yang undi. Dia keluarkan gambar saya pun tak jadi apa-apa,” katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena