Thursday, 17 May 2018

[Video Dr M jawab isu polis geledah rumah Najib] Geledah rumah Najib: Tidak ada niat seksa sesiapa, kata Dr M.

Khmis, 17 Mei 2018



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata pihak polis mempunyai alasan yang cukup untuk menyerbu rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tengah malam semalam.
Sebaliknya, Mahathir berkata proses yang berakhir pagi tadi, adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard polis.
Di pihaknya, Mahathir berkata beliau tidak ada mahu polis "menyeksakan" mana-mana orang dan bahawa semua kes perlu disiasat mengikut undang-undang.
"Polis ada SOP mereka, saya tidak tahu mereka akan melakukan serbuan pada waktu malam, arahan saya sangat jelas.
"Saya tidak akan menyeksa orang dan melakukan perkara seperti itu, saya mahu mereka diperlakukan dengan sopan," kata Mahathir pada sidang akhbar di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai serbuan di rumah Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur yang menerima bidasan pelbagai pihak kerana waktu yang tidak sesuai.
Polis mula menggelidah rumah Najib kira-kira jam 10.15 malam semasa tiba dengan puluhan kereta dan sebuah trak Black Maria, yang sering digunakan untuk mengangkut tahanan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena