Wednesday 16 May 2018

[Video Spekulasi Najib akan ditahan! 5 TEMPAT DIGELEDAH CARI DOKUMEN BERKAITAN 1MDB[17MEI 2018] Malaysia kini menuju SISTEM DUA PARTI.

Khamis, 17 Mei 2018


MALAYSIA KINI MENUJU SISTEM DUA PARTI


Hanya kira-kira seminggu selepas Pakatan Harapan berjaya menjadi kerajaan, gabungan tersebut yang sebelum ini terpaksa bertanding menggunakan simbol PKR, akhirnya telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS.

Sejak awal ia cuba didaftarkan, Pakatan Harapan berdepan pelbagai masalah dan kekangan yang memang difahami tujuannya ialah untuk menghalang pendaftarannya daripada diluluskan.

Ia adalah cubaan untuk mengelakkan gabungan parti-parti  dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP, Amanah dan Bersatu agar tidak berjaya menggunakan satu simbol dalam pilihanraya umum yang lalu.

Dalam waktu yang sama, parti Bersatu yang telah dibubarkan oleh RoS sehari sebelum Parlimen dibubarkan juga kini sudah kembali menjadi sebuah pertubuhan yang sah.
Apa yang menarik, kedua-dua perkembangan mengenai Pakatan Harapan dan Bersatu ini berlaku ketika RoS masih diketuai oleh Surayati Ibrahim yang sebelum ini dilihat agak keras dan cuba mewujudkan pelbagai karenah  yang tidak munasabah.
Berita gembira oleh RoS ini juga berlaku ketika Menteri Dalam Negeri yang baru, Muhyiddin Yassin belum pun lagi mengangkat sumpah jawatan dan memasuki pejabatnya untuk menjalankan tugas.

Semua ini memberi erti bahawa RoS selama ini seolah-olah berada di bawah telunjuk dan ketakutan regim UMNO serta BN.

Kelulusan pendaftaran Pakatan Harapan serta pulihnya semula status Bersatu turut menunjukkan, baik Muhyiddin atau kerajaan baru Pakatan Pakatan Harapan, tiada langsung campurtangan mengenainya.

Hanya setelah UMNO dan BN dapat ditumbangkan, barulah RoS dilihat dapat keluar daripada cengkaman ketakutan dan bertindak dengan sewajarnya.
Meskipun kelulusan Pakatan Harapan ini merupakan suatu khabar gembira kerana ia kini telah menjadi sebuah gabungan sah iaitu sama seperti BN, tetapi yang lebih penting lagi ialah Malaysia kini sudah melangkah setapak lagi kemajuan serta kematangannya dari segi politik.

Dengan adanya Pakatan dan BN, negara kita sekarang secara automatiknya sudah berada dalam sistem dua parti seperti kebanyakan negara lain di dunia ini.

Dalam buku pertama saya yang bertajuk Najib Perdana Menteri Terakhir yang diterbitkan pada 2011, saya pernah menyarankan bahawa untuk melihat politik yang matang dan faedah yang lebih maksima untuk rakyat negara ini, sistem dua parti adalah pilihan yang terbaik sekali.

Dengan adanya sistem dua parti, rakyat mempunyai pilihan yang lebih diyakini berhubung pilihan mereka dan pihak mana pun yang menang, parti berkenaan akan cuba memberi sebaik-baik perkhidmatan kepada orangramai.
Kegagalan memberi perkhidmatan dan menunaikan janji-janji semasa berkempen hanya akan memberi kelebihan kepada pihak lawan dan oleh itu, siapa pun yang berjaya menjadi kerajaan, keutamaan mereka adalah khidmat kepada rakyat.

Rakyat Malaysia kini seharusnya berterima kasih kepada Tun Mahathir yang bukan saja berjaya mengakhiri era pemerintahan BN yang penuh keegoan dan keangkuhan, tetapi juga menyediakan lembaran baru yang lebih baik dari segi politik buat rakyat dan generasi akan datang.

Terima kasih sekali lagi Tun!! (ShahbudinHusin 17/05/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena