Sunday, 6 May 2018

[Video Dr Wan Azizah~ Ucapan Di Hadapan Ribuan Rakyat SABAH Himpunan Pakatan Harapan Dan Warisan] Laluan buat Tun Mahathir menjelang 9 Mei cuba disekat, lapor media asing.

Ahad, 6 Mei 2018

Foto Rafizi Ramli.
Dengar kata-kata hikmah ini sebelum pergi mengundi nanti. ha3
Pilihanraya umum kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah negara. Sila ingat bahawa tempoh pengundian adalah dari pukul 8.00 Pagi - 5.00 Petang.
Semak lokasi pengundian anda secara online di pengundi.spr.gov.my
Bawa kad pengenalan, keluar untuk mengundi, dan sudah tentu undi untuk Pakatan Harapan. #BinaSemulaNegara
(Gambar hanya hiasan semata-mata)

Laluan buat Tun Mahathir menjelang 9 Mei cuba disekat, lapor media asing

Laluan buat Tun Mahathir menjelang 9 Mei cuba disekat, lapor media asing
Laluan untuk tiba ke hari mengundi pada 9 Mei menjadi semakin sukar dan berliku buat ketua pembangkang Mahathir Mohamad.
Gambar-gambar atau imej diri beliau di papan-papan iklan dilaporkan dipotong dan dicat dan polis pula sedang menyiasat beliau atas dakwaan menyebarkan berita palsu.
Mahathir dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain berkata tindakan tersebut adalah untuk membantu Perdana Menteri Najib Razak dan gabungan parti pimpinannya, yang setakat ini memonopoli sepenuhnya liputan di akhbar dan media elektronik, demikian lapor Financial Tribune hari ini.
“Saya tidak pernah melihat pilihan raya seperti ini. Semua ini baru bermula dan banyak lagi penipuan sedang cuba dilakukan,” kata Mahathir dalam ceramah kempennya Khamis lalu, kata laporan itu.
“Anda boleh lihat, Najib begitu takut hinggakan pada sekeping gambar.”
Najib dan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun menafikan segala tuduhan tersebut. “Setiap kali pilihan raya kita dengar benda yang sama,” kata Menteri Komunikasi Salleh Said Keruak, menjawab dakwaan Mahathir.
Najib pula berkata, pembangkang hanya pandai menabur fitnah kepada BN.
BN, yang menurut penganalisis menghadapi pilihan raya paling sengit sejak ia mula berkuasa selepas merdeka enam dekad lalu, sebelum ini berkata, dakwaan pembangkang itu hanyalah untuk meraih undi simpati dan memburukkan reputasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sebagai Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat, Mahathir suatu ketika adalah mentor buat Najib tetapi kini menjadi seterunya dan menyertai pembangkang ekoran skandal berbilion ringgit yang membabitkan kerajaan sejak 2015, kata laporan itu lagi.
Gambar-gambar Mahathir telah dibuang daripada papan-papan iklan dalam kawasan-kawasan pilihan raya di negeri Johor, kata seorang pemimpin pembangkang.
SPR pula berkata, pihaknya berbuat demikian untuk mematuhi garis panduan dalam hal penggunaan imej pegawai parti pada bahan kempen.
Mahathir berkata dakwaan beliau mengenai “penipuan” itu turut merujuk kepada persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikuatkuasakan beberapa minggu sebelum hari mengundi, yang menurut pihaknya hanya menguntungkan kerajaan.
SPR berkata, persempadanan semula itu yang diluluskan Mac lalu itu tidak ada campur tangan politik, dan peraturan berhubung bahan kempen juga dibuat secara adil.
Laporan terkini perunding politik Eurasia Group berkata, walaupun pembangkang dilihat mendapat sokongan yang meluas, ia hanya mempunyai peluang 15 peratus untuk menang.
“Najib meletakkan terlalu banyak halangan dalam laluan pembangkang dan terlalu sedikit masa untuk mereka mengatasi semua itu menjelang hari mengundi 9 Mei,” kata Pengarah Eurasia Asia, Peter Mumford.
Jurucakap BN berkata, kerajaan tidak meletakkan sebarang halangan. “Pembangkang hanya menyebarkan alasan untuk menghadapi keadaan jika mereka kalah, tetapi rakyat Malaysia lebih tahu,” kata jurucakap itu.
Dalam bulan April, kerajaan Malaysia telah meluluskan undang-undang antiberita palsu sebagai suatu usaha untuk menekan kebebasan bersuara.
Selang beberapa minggu setelah undang-undang itu diperkenalkan, Mahathir telah disiasat kerana menyebarkan “berita palsu” ekoran dakwaannya mengenai kapal terbang yang dinaikinya disabotaj. “Silakan, dakwa saya,” kata Mahathir Khamis lalu.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena