Wednesday 16 May 2018

[Video Gani Patail mahu dakwa Najib - PM] PM kata bekas AG beritahunya rancangan untuk dakwa Najib.

Rabu, 16 Mei 2018

PM kata bekas AG beritahunya rancangan untuk dakwa Najib


Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan bagaimana beliau merancang mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
"Saya ingin tahu apa yang berlaku ketika dia (Gani) dipecat dan apakah hasil siasatannya.
"Dia (Gani) dakwa beliau sedang menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib dan pada pagi itu dia dilucutkan jawatannya," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya petang ini.
Ditanya sama ada  Gani ada menunjukkan sebarang dokumen, Mahathir berkata beliau tidak meminta bukti dikemukakan dan hanya diperkatakan secara lisan.
Gani sedang mengetuai pasukan petugas khas yang menyiasat RM2.6 bilion dalam akaun bank bekas perdana menteri dan kes SRC International.
Beliau digantikan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika siasatan rancak dijalankan atas sebab-sebab kesihatan, walaupun spekulasi merebak luas bahawa tindakan itu sebagai usaha menutup kes berkenaan.
Sepanjang tempoh tersebut, kertas pertuduhan terhadap Najib juga diedarkan tetapi pentadbiran kerajaan sebelum ini menolaknya sebagai palsu.
Anggota pasukan petugas khas yang lain adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Sejak memenangi pilihan raya umum ke-14, Mahathir menjadikan pengganti Gani, sebagai sasarannya kerana membebaskan Najib daripada sebarang salah laku.
Beliau menuduh Apandi menyembunyikan bukti berkaitan dengan 1MDB.
Apandi, yang sudahpun diarahkan bercuti, menafikan dakwaan itu.
Najib mendakwa wang RM2.6 bilion yang berada dalam akaun bank peribadinya adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi tetapi siasatan antarabangsa mendapati bahawa wang itu mungkin berasal dari 1MDB.
Najib juga menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk keuntungan peribadi.
Semalam, Mahathir berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib dan menolak kemungkinan mengadakan rundingan dengan bekas “anak muridnya” itu.
Dr Mahathir juga ditanya sama ada kontrak perkhidmatan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai ketua setiausaha perbendaharaan dipendekkan kepada 14 Jun disebabkan sebarang salah laku selepas mesyuarat ketua-ketua setiausaha kementerian pada Isnin, Dr Mahathir berkata kerajaan sedang menjalankan siasatan dan langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk kelancaran siasatan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata Mohd Irwan akan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam dari 14 Mei hingga 13 Jun dan tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau apa-apa yang berkaitan dengan Kementerian Kewangan.
Ketika ditanya sama ada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan digantikan, Dr Mahathir berkata: "Jika beliau ada melakukan kesalahan, proses biasa akan diguna pakai untuk menghukum orang yang telah melakukan perkara salah”.
Kepada soalan lain berhubung kenyataan Dr Mahathir bahawa SPR sengaja melewatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14, beliau menjawab: " Walaupun saya ada berkata demikian, saya tidak boleh sewenang-wenang tangkap dan sumbat dia ke dalam penjara. Itu bukan cara yang betul."
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena