Wednesday 16 May 2018

[Video Apa perasaan Anwar bebas? Ini jawab Dr M] Dr Mahathir arah henti kutip GST, tetapkan harga petrol.

Rabu, 16 Mei 2018

Dr Mahathir arah henti kutip GST, tetapkan harga petrol


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah mengarahkan kerajaan supaya menghentikan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan menetapkan harga petrol.
“Arahan telah diberi supaya kita tidak kutip GST lagi, dan kita akan cuba bayar balik kepada mereka yang membuat tuntutan,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Dr Mahathir merujuk kepada cukai berlebihan yang dikutip di bawah GST.
Menghentikan kutipan GST adalah antara janji-janji yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Harapan dalam 100 hari selepas gabungan itu mengambil alih Putrajaya.
Bagaimanapun, semalam, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Majlis Penasihat Putrajaya yang ditubuhkan oleh Mahathir sendiri untuk memberi nasihat kepada kerajaan baru, hanya boleh mendedahkan kaedah menghentikan GST dalam 100 hari pertama.
Sementara itu, Mahathir juga berkata kerajaan tidak lagi mengamalkan pelarasan harga mingguan minyak seperti yang dilakukan oleh kerajaan sebelumnya.
“Tak ada naik turun (lagi), present state will stay (harga sekarang kekal), kalau ada tak cukup, kerajaan akan subsidi,” katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena