Tuesday 15 May 2018

[Video Guan Eng: Sabar...sabar] Ingat Peja, Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak bukan tong sampah untuk UmnoBN!

Selasa, 15 Mei 2018

Foto Otai BERSIH.
Kenapa kita bersuara terhadap MB muda Perak ni Faizal Azumu @ Peja.
Nampaknya Faizal Azumu yang jadi MB Perak terasa sangat bahangnya duduk atas kerusi panas MB Perak.
Baru rasa terkantoi-kantoi sebab hanya dia seorang sahaja yang mewakili partinya ketika menang PRU lepas di Perak.Tapi nak juga jadi MB!!
Sepatutnya Peja boleh menolak perlantikan jadi MB dengan baik bila dia tahu yang DS Nizar ada terima surat dari Tun M menyatakan sokongan terhadapnya menjadi MB Perak. Malanglah bagi Peja...
Orang baru dan muda pula ... umpama pucuk betik baru nak mencanak naik... bila dah tengok kiri ..DAP... tengok kanan...Amanah... tengok tang depan PKR... tengok belakang tak mandang apa pun Yup!! Habih dia main kaut sampah-sampah umno masuk BERSATU.
Mujurlah ipornya, Adun Tualang Sekah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin beri sokongan kepadanya tanpa melompat parti (dari BN lompat ke PPBM). Bukan main seronok lagi si Peja ni!
Tetapi tidakkah rakyat tertanya-tanya tentang betapa janggalnya yang amat ketara .... bila dua wakil rakyat BN itu memberikan sokongan kepada Peja tanpa beralih parti??
Betapa janggalnya bila menang 1 kerusi boleh override 18 kerusi DAP... boleh override 4 kerusi PKR dan override 6 kerusi AMANAH?
Yang bagusnya dan baik untuk PAKATAN HARAPAN, sah bahawa mereka berdua tidak akan menggugat kedudukan Exco Perak... Namun apa pun, sokongan mereka itu adalah senantisa menggugat kedudukan kerajaan PAKATAN HARAPAN kerana mereka boleh menarik semula sokongan mereka kepada Peja pada bila-bila masa jika timbul sebarang pertelingkahan.
Tidakkah ini memberi gambaran kepada kita semua bahawa 'Telor' Peja sentiasa dalam genggaman mereka berdua?
Satu biji dipegang kakak ipornya si Nolee, dan satu biji lagi dalam genggaman Zainol Fadzi!!
Mana telor kamu Peja??
Apakah jaminannya bahawa perkara tersebut tidak mungkin berlaku?
Silap Peja ni bila dia rasakan dirinya yang terbaik... sedangkan ada lagi orang yang dikira lebih layak dan lebih bepengalaman.
Sedangkan budak Peja ni umpama baru nak mula merangkak.. tapi disuruhnya juka berdiri dan berlari... Yup! Buat apa kau sanggup terima jadi MB ?
Peja ni ingat mudah gitu main kaut orang dan lantik jadikan EXCO?
Bukan main bersemangat lagi budak Peja ni bila dua sampah BN masuk PPBM.
“Dua orang wakil rakyat BN telah menyertai kami dan dijangkakan akan lebih ramai lagi menyertai Pakatan Harapan,” katanya di luar perkarangan Istana Kinta selepas menghadap Sultan Perak kelmarin.
Mujurlah ada yang mengingatkan Peja, "Kita perlu mengingatkan diri kita Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan tong sampah untuk menerima dan menjaga mereka yang terbukti tanpa prinsip, maruah dan telah menjual kepercayaan rakyat untuk keuntungan peribadi.
Begitulah ingatan Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Peja.~ sumber
Demi untuk kelangsungan kemenangan dan kemajuan Negeri Perak, adalah terbaik bagi Peja menyerahkan semula kerusi MB tersebut kepada Majlis Presiden PAKATAN HARAPAN.
Kalau dua sokongan itu menarik diri, PH masih ada masa untuk beli belah barangan antiq di Lam Lor Kin tu...
Kerajaan HARAPAN Perak sekarang dibentuk selepas dua ADUN BN mengisytiharkan sokongan kepada Faizal.
Sebarkan...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena