Wednesday, 9 May 2018

[Video Pak cik berseluar pendek tidak dibenar masuk pusat pengundian] BERSIH: Jangan beredar jika sudah beratur sebelum jam 5 petang.

Rabu, 9 Mei 2018

BERSIH: Jangan beredar jika sudah beratur sebelum jam 5 petang

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 menggesa para pengundi yang beratur di pusat-pusat mengundi supaya jangan beredar walaupun selepas 5 petang, iaitu masa yang ditetapkan untuk tempoh pengundian berakhir.
“Mereka yang sudah beratur sebelum jam 5 petang di pusat mengundi, pastikan anda dibenarkan mengundi walaupun selepas 5 petang.
“Jangan beredar walaupun jika SPR dakwa anda sudah lambat. Jika anda sudah ada di sana dan beratur sebelum 5 petang, SPR perlu mengizinkan anda untuk mengundi dan tidak boleh menghalau anda.
“Kekal di pusat mengundi dan bertegas dengan hak anda untuk mengundi. Bukan salah anda jika SPR menjalankan tugas dengan perlahan,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan media.
Menurut BERSIH, jika barisan masih terlalu panjang pada jam 5 petang, pengundi dinasihatkan suapaya mengambil gambar untuk mereka.
Ini, kata kenyataan itu adalah penting, jika sebarang tindakan undang-undang perlu diambil kemudian.
“Hantar gambar kepada kami di aduan.pemantau.org
“Untuk semua calon, wakil calon, PACA dan peguam - tolong kekal di pusat mengundi dan bantu pengundi yang masih beratur. Mereka perlu menggunakan hak mereka untuk mengundi.
“Catat nama Ketua Tempat Mengundi atau Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau nama mana-mana pegawai SPR yang enggan memberi laluan kepada pengundi yang sudah beratur sebelum 5 petang untuk mengundi. Hantarkan laporan kes tersebut ke aduan.pemantau.org.”
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena