Thursday 17 May 2018

[Video Pemimpin tertinggi Umno mula kelihatan di kediaman Najib] Analisa PRU14: Pengundi polis, tentera juga tolak BN.

Jumaat, 18 Mei 2018


Analisa PRU14: Pengundi polis, tentera juga tolak BN

Terdapat bukti yang kukuh menunjukkan pengundi polis dan tentera yang tergolong dalam ‘pengundi awal’ menolak BN dalam jumlah yang signifikan, kata Penolong Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Dr Ong Kian Ming.
Menurut beliau, empat kerusi parlimen yang mempunyai lebih 10,000 pengundi awal (kebanyakannya polis dan tentera) dimenangi calon Pakatan Harapan (PH).
Dua daripada kerusi parlimen itu, ujar beliau dimenangi BN dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) iaitu Setiawangsa (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Tangga Batu (Melaka).
Malah kerusi parlimen Lumut yang dimenangi PKR pada PRU13 terlibat dalam proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang memungkinkan ia dimenangi BN.
Namun pada PRU14,  9 Mei lalu, kerusi parlimen Lumut dimenangi Dr Mohd Hatta Ramli yang mewakili PKR-AMANAH.
Satu lagi kawasan parlimen yang mempunyai lebih 10,000 pengundi awal namun dimenangi calon PKR adalah Lembah Pantai (WP Kuala Lumpur).
“10,000 pengundi polis dipindahkan ke kerusi parlimen Lembah Pantai. Tanpa jumlah signifikan pengundi polis dan tentera yang menolak BN (sama ada mengundi Pas, PH, merosakkan undi mereka atau tidak keluar mengundi), PH tidak akan berpeluang menang di kawasan parlimen ini,” kata Dr Ong.
Beliau memberi contoh kawasan parlimen P102 Bangi yang ditandinginya apabila daripada 1305 undi pos (kebanyakannya tentera), 471 diperolehi calon Pas (36.1%), 409 diperolehi beliau selaku calon PKR-DAP (31.1%) manakala hanya 299 mengundi calon BN (22.9%).
“Saya terperanjat apabila melihat keputusan ini. Saya tidak terkejut jika keputusan di kawasan-kawasan (pilihan raya) lain yang mempunyai pengundi pos dan pengundi awal juga menunjukkan jumlah yang signifikan di kalangan undi tentera dan polis tidak menyokong BN,” katanya.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena