Thursday 17 May 2018

[Video Penggeledahan di kondominium mewah (Jam 12.30 malam) &Terkini...lelaki difahamkan tukang gerudi peti besi Najib 'diserbu'] Kemewahan Najib. Isteri & Polis rampas wang tunai, barang kemas dari kondo Najib.

Jumaat, 18 Mei 2018


Kemewahan Najib & Isteri

Polis rampas wang tunai, barang kemas dari kondo Najib

Ketika polis meneruskan serbuan di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta, satu lagi serbuan dilakukan malam ini di kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu di Jalan Raja Chulan.
Menurut Astro Awani, polis merampas sejumlah wang dan barang kemas yang tidak didedahkan nilainya daripada kediaman mewah tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan bahawa serbuan sedang dilakukan.
Laporan itu mengatakan seorang pegawai polis turun dari unit kondominium itu kira-kira 10.56 malam, dengan membawa lebih 20 bagasi, termasuk mesin pengiraan wang.
Amar Singh juga dipercayai berada di unit kondominium dan dijangka mengadakan sidang akhbar selepas itu.
Sementara itu Bernama melaporkan, Amar Singh mengesahkan serbuah dilakukan dan perkembangan lanjut akan diberitahu kemudian.
"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa kami sedang membuat serbuan di sini, sebarang perkembangan akan diberitahu kemudian," katanya.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.
Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib bagaimanapun berulangkali menafikan terlibat dalam sebarang salah laku.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena