Lebih 70% rakan artis dalam Intagram beri undi kepada PH
71% rakan-rakan Nelofa memberikan undi kepada PH.
Para rakan kepada selebriti terkenal termasuk Nelofa nampaknya lebih cenderung untuk memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kali ini.
71% dari 5.5 juta rakan Nelofa misalnya memberikan undi kepada PH dan hanya 29% untuk BN.
Begitu juga 1.1 juta rakan kepada pelakon Sharnaz Ahmad, 78% dari mereka memberikan undi kepada PH berbanding hanya 22% kepada BN.
Kedua-dua mereka membuat poll itu melalui intagram mereka ketika rakyat Malaysia membuang undi hari ini.
MD.
Kecewa dengan BN, Chef Wan masak untuk HARAPAN
Menginginkan suatu perubahan, chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan memasang azam dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), iaitu hidup dengan berpaksikan “jalan yang benar.”
Meluahkan rasa kekecewaannya di Instagram, Chef Wan berkata situasi dalam negara menyebabkan beliau berasa tidak gembira.
Bagi Chef Wan, golongan yang tidak terbit kekecewaan di hati mereka itu mungkin mempunyai agenda tersendiri.
“Sekarang jika kamu tanya saya sama ada gembira dengan kerajaan sekarang (kerajaan sementara) sudah tentu saya tidak!
“Gilakah saya sampai satu dunia menceritakan kisah negara kita satu lepas satu, satu kejadian kisah salah guna kuasa dan wang dan anda jangkakan saya untuk berasa gembira?
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment