Monday, 7 May 2018

[Video Rafizi Invoke-Pakatan Harapan Akan Menang 111 Kerusi Semenanjung] Tun Daim ikrar bantu pulihkan ekonomi sebaik PH dipilih rakyat.

Selasa, 8 Mei 2018

Tun Daim ikrar bantu pulihkan ekonomi sebaik PH dipilih rakyat

Peniaga di sempadan antara mangsa kejatuhan nilai ringgit, kata Daim di Rantau Panjang.

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang singgah di pasar Siti Fatimah Rantau Panjang semalam berjanji untuk menyertai pasukan pakar pemulihan ekonomi sebaik kerajaan baru PH ditubuhkan selepas pilihanraya Rabu ini.
“(Datuk Seri) Najib (Razak) telah musnahkan segala yang kita bina menjadikan seluruh rakyat cukup menderita,” katanya ketika berucap di hadapan peniaga-peniaga yang menyambut beliau d pekan Rantau Panjang dalam lawatannya ke Kelantan.
Menurutnya Malaysia adalah antara negara paling stabil dari segi ekonomi.
“Kita tidak pernah menghadapi situasi kenaikan barang mendadak terutama barang-barang asas keperluan rakyat.
“Sejak GST diperkenalkan, pasaran menjadi kucar kacir dengan semua jenis barang naik mendadak.
“Keadaan menjadi lebih kacau dengan kenaikan harga minyak yang tidak menentu,” katanya.
Ekonomi negara yang lemah menurutnya dapat dirasai dengan jelas bila nilai ringgit terus jatuh.
“Tuan-tuan semua yang berniaga di sempadan seperti di sini tentu dapat merasai keperitan harga ringgit yang rendah ini.
“Benda lain semua naik harga, ringgit sahaja yang turun harga,” katanya.
Beliau menyeru peniaga-peniaga di Rantau Panjang bersama rakyat Malaysia yang lain menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya ini.
“Kita semua mesti undi Pakatan Harapan dan tubuhkan kerajaan baru.
“Kalau kerajaan baru dibentuk nanti, sayapun bersedia membantu kerajaan memulihkan ekonomi,” katanya.
Turut berucap di majlis itu ialah pengerusi PH negeri Kelantan, Husam Musa.
Turut menyambut rombongan beliau ialah calon-calon PH Rantau Panjang terdiri dari Dr Wan Shah Jihan Din (parlimen), Hisyamuddin Ghazali (Dun Apam Putra), Mohd Ridzuan Muhammad (Dun Gual Periok) dan Ustaz Ali Abdu Rahman (Dun Chetok).
Caption: Daim berucap dalam pertemuan dengan peniaga di pasar Siti Fatimah Rantau Panjang.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena