Tuesday, 8 May 2018

[Video Terkini! Pakatan Harapan Hebat Menguasai Jalan Raya di seluruh negara & Kalau buat silap, mengaku silap] Daim nampak HARAPAN tawan Putrajaya.

Selasa, 8 Mei 2018


Kalau buat silap, mengaku silap

Daim nampak HARAPAN tawan Putrajaya



Bekas menteri kewangan hari ini menyatakan ramalannya dengan lebih berani ketika tarikh pembuangan undi sempena pilihan raya umum (PRU) ke-14 semakin menghampiri.
Berdasarkan pemerhatian terhadap sentimen semasa masyarakat, Tun Daim Zainuddin berkata, beliau yakin Pakatan Harapan (HARAPAN) akan berjaya menawan Putrajaya esok.
“Ke mana saja saya pergi, orang akan bertanya saya, apa kamu jangka keputusan PRU ke-14.
"Saya kata Pakatan Harapan akan menang, insya-Allah," katanya kepada media di Langkawi hari ini.
Beliau yang pernah menjadi bendahari Umno itu juga memberitahu kecenderungan rakyat Malaysia ketika ini memang mahukan perubahan.
Bagaimanapun Daim sempat memberikan peringatan.
“Mood nak perubahan, rakyat nak tukar, nak ubah, tapi perlu hati-hati (sebab) kerajaan (BN) akan buat apa saja untuk menang,” katanya lagi.
Berkawan dengan Najib
Khamis lalu, Daim meramalkan BN akan menyaksikan kekalahan besar di Kedah dan Perak, manakala PAS pula mungkin kehilangan Kelantan pada PRU ke-14 yang akan berlangsung esok.
Untuk rekod, pada PRU ke-13 Daim juga pernah memberikan ramalannya mengenai Kedah.
Ketika negeri itu dikuasai PAS yang bergabung dengan Pakatan Rakyat (PAKATAN), Daim menjangkakan Wisma Darul Aman akan kembali dikuasai BN.
Untuk merampas kembali Kedah daripada PAKATAN, BN menggunakan menurunkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon menteri besar. Dan tenyata strategi itu berjaya.
Untuk rekod Mukhriz kini Timbalan Presiden BERSATU dan giat berusaha bersama-sama HARAPAN mahu menawan Kedah.
Sementara itu, Daim berkata sebelum duduk di pentas HARAPAN bagi berkempen menjatuhkan BN, beliau pernah menasihati perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak mengenai caranya mengurus tadbir negara.
“Saya dengan Najib kawan lama. Ada cara untuk nasihat, (tapi) takkan saya nak bagi tahu semua,” katanya yang enggan menjelaskan butiran mengenai pertemuan mereka.
Jelasnya beliau membuat kemunculan semula bagi berjuang untuk generasi masa depan tanpa perlu menyertai BERSATU.
Buat apa muda tapi otak tiada
“Saya tak sertai BERSATU, saya buat kemunculan semua untuk memperjuangkan rakyat dan memastikan tidak ada rasuah.
“Saya akan terus bersama rakyat di negara ini termasuk selepas ini, saya akan tetap dengan rakyat," katanya.
Tambah Daim, beliau mengakui usinya semakin lanjut namun itu bukan halangan untuk memberikan sumbangan kepada negara.
"Yang penting ada otak," katanya yang pernah menjadi anggota parlimen Merbok, Kedah.
Daim juga secara sinis menyindir pihak BN yang digelarkannya sebagai "kuda muda".
"Apabila minta berdebat (dengan BN), tak berani debat. Lebih baik ada kuda tua yang ada otak daripada ada kuda muda tak ada otak, buat apa,” katanya.
Sementara itu Daim menggesa semua pihak untuk membuat keputusan yang terbaik demi masa depan generasi akan datang.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena