Sekadar hiasan.
K'jaan BN S'wak terus bekerjasama demi rakyat
Kerajaan Barisan National (BN) Sarawak akan terus bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk kepentingan rakyat di Sarawak, khususnya dan Malaysia amnya.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri akan mengkaji dengan teliti semua janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan dalam tempoh lima tahun akan datang, terutama berkaitan Sarawak.
“Perhatian paling utama ialah untuk menuntut kembali hak-hak negeri yang terhakis sejak bertahun-tahun seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1964 dan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau dalam satu kenyataan ringkas semalam.
“Kerajaan BN Sarawak ingin mengucapkan tahniah kepadaq Pakatan Harapan atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) ke-14 dan menghormati keputusan rakyat,” kata beliau.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment