Monday 12 November 2018

[Video Rosmah Mansor didakwa Khamis ini berhubung Projek RM1.25 bilion di Sarawak] Anak Guan Eng tampil bela bapanya! Sudah ada arahan parti dan kerajaan pun masih tak mahu letak jawatan lagi? Mak ooiii, degilnya MENTERI ni! PRESTASI tak seberapa, KONTROVERSI aje lebih.

Selasa, 13 November 2018
Image may contain: 4 people, people sitting
Image may contain: 2 people, people standing and suit

Anak Guan Eng tampil bela bapanya dikecam tidur

Walaupun Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendapat kritikan kerana gambarnya dengan mata terpejam di parlimen, namun salah seorang anak beliau tampil membela bapanya yang dikecam tidur itu.
Marcus Lim, anak ketiga Guan Eng berkata bapanya telah berusaha keras untuk menyelesaikan masalah hutang Malaysia dan memulihkan semula negara tetapi ini menyebabkan beliau tidak mendapat rehat yang mencukupi.
"Bagi sesetengah orang, mereka mungkin berfikir jawatan menteri kewangan itu glamor, tetapi bagi saya tugas itu menjadi tekanan tanpa henti kepadanya.
"Selama enam bulan ini, saya telah melihat beliau bekerja tanpa henti dari 8 pagi hingga 11 malam, tujuh hari seminggu. Saya tidak tahu jika beliau dapat tidur nyenyak lapan jam sehari sejak Mei tahun ini. Kadang-kadang beliau terlepas makan tengah hari atau makan malam kerana menghadiri mesyuarat atau hanya untuk menyelesaikan timbunan kerja di pejabat.
"Semasa tempoh sebelum belanjawan baru-baru ini, pada suatu ketika beliau hanya dapat tidur selama tiga jam sehari untuk sepanjang minggu. Beliau bekerja dengan pasukannya sehingga larut malam dan terpaksa bermalam di pejabat untuk menyediakan belanjawan pertamanya.
Mata tidak berapa sihat
"Beliau mahu memastikan semua orang akan mendapat faedah walaupun kerajaan mempunyai dana yang terhad," katanya pada suatu hantaran Facebook hari ini.
Mk.

DR. MAZLEE DEGIL?

Mak ooiii....degilnya dia ni!!
Sebelum ini ketika pelbagai lapisan masyarakat mendesaknya melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM, Dr. Mazlee Malik tetap berhempas pulas mahu terus bertahan di jawatan itu.

Meskipun beliau kemudiannya sedia bertemu dengan kumpulan mahasiswa yang mendesaknya, keinginannya untuk berundur langsung tidak ternampak.

Baru-baru ini apabila media mendapat maklumat ada arahan tertentu berkenaan pengunduran dan ingin mendapatkan pengesahan daripadanya, Dr. Mazlee jelas tidak senang dan marah-marah kepada wartawan yang menanyakan soalan tersebut kepadanya.

Kita pergi majlis kahwin, takkan nak bercakap soal cerai, begitulah lebih kurang kata-kata yang diluahkan Dr. Mazlee, seorang bekas pensyarah di UIA Gombak sebelum menceburi politik dan agak bertuah kerana berpeluang dipilih sebagai calon pilihnaraya di Simpang Renggam dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Rupa-rupanya maklumat yang diperolehi media mengenai arahan pengunduran itu adalah sesuatu yang betul dan sahih.
Tetapi, kenapa Dr. Mazlee masih mahu berselindung dan tidak bercakap secara sopan, berhemah serta penuh budi bahasa dengan pihak media?

Agaknya inilah salah seorang menteri yang perlu disekolahkan oleh Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, A Kadir Jasin tentang bagaimana cara-cara untuk berhadapan dengan media secara betul dan baik.

Semalam, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, Dr. Mazlee sepatutnya meletakkan jawatan secara serta-merta sebagai Presiden UIAM kerana sudah ada arahan beliau untuk berbuat berbuat demikian daripada parti dan juga kerajaan.

Laaa....sudah ada arahan parti dan kerajaan pun masih tak mahu letak jawatan lagi?

Nak tunjuk degil lagi ke?
Sungguh memalukan sebagai seorang yang kononnya berpendidikan tetapi nampaknya masih tidak faham dengan sesuatu arahan dan terus berdegil tidak mahu mematuhinya sehingga ketua parti di mana beliau bernaung dan mendapat kedudukan akhirnya terpaksa tampil memberi peringatan kepadanya.

Peringatannya pula cukup jelas - letak jawatan serta-merta!!

Tetapi, meskipun diperingatkan oleh Muhyiddin agar meletakkan jawatan secara serta-merta, malangnya Dr. Mazlee kelihatannya masih mahu berding-dong lagi dengan peringatan tersebut.
Sebagai reaksinya kepada peringatan itu, beliau menjelaskan hanya akan melepaskan jawatan Presiden UIAM itu sehingga proses pemilihan penggantinya selesai yang dijangka hujung bulan ini.

Kenapa masih mahu bertangguh lagi sehingga hujung November pula?

Apa masalahnya kalau beliau letak jawatan sebelum penggantinya ditemui?

Bukankah peringatan Munyiddin cukup mudah difahami - letak jawatan serta-merta!!

Susahkah seorang yang ada kelulusan PhD untuk faham maksud perkataan serta-merta itu?
Degil...degil...degil...orang semacam ini sepatutnya digugurkan saja sesegera yang boleh sebagai menteri. 

Lagi pun kerja dan sumbangannya sejak enam bulan jadi menteri masih tak seberapa dan di bawah KPI yang sepatutnya, kontroversi saja yang lebih. (ShahbudinHusin 13/11/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena