Monday 12 November 2018

[Video Pemandu Teksi KL Setuju Tindakan Maki Mahathir] ZINDAGI, lagu khas buat Rafizi! Anwar: Azmin, jangan pandai2 umum diri menang.

Selasa, 13 November 2018

Anwar ingatkan Azmin jangan  pandai2 umum diri menang... 
Related image
Bakal Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim mengingatkan Mohamed Azmin Ali supaya menghormati proses pemilihan parti itu. 

Mengulas tindakan timbalan presiden itu yang mengumumkan bahawa dirinya berjaya mempertahankan jawatannya selepas menewaskan Rafizi Ramli, katanya, Azmin perlu menghormati Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). 

“Dia ada hak untuk sebut. Tetapi dia pun tahu yang umumkan itu ialah JPP. 

“Dan kita patut hormat proses,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. 

Semalam, Azmin mengumumkan kemenangannya dalam pemilihan parti kali ini walaupun berhadapan cabaran sengit dari Rafizi Ramli. 
Image may contain: 1 person, smiling
Dalam suatu kenyataan yang ditandatangani beliau sebagai timbalan presiden KEADILAN bagi penggal 2018 ke 2021, Azmin mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya kerana meneruskan "agenda sebenar reformasi." 

Sementara itu, Rafizi yang juga bekas MP Pandan pula masih lagi tidak berputus asa berharap akan menang pertandingan kali ini. 

Menurut keputusan tidak rasmi yang diperolehi dari akaun Twitter rasmi pemilihan, Azmin kini memiliki 70,550 undi berbanding Rafizi yang mendapat 66,594 undi. Majoriti itu sebanyak 3,956 undi. 

Walau bagaimanapun, masih terdapat beribu-ribu "undi ragu" yang masih belum ditambah pada pengiraan. 

Kategori pemilih ini merujuk kepada mereka yang layak untuk mengundi dan tidak dapat memastikan saluran undinya, tetapi dibenarkan mengundi. 

Kalau kes lebihan undi camni sapa salah? 

Ibu pejabat KEADILAN akan berhadapan tugas sukar untuk mengesahkan "undi ragu" sebelum Jumaat ini, iaitu hari permulaan kongres perwakilan nasional tahunan KEADILAN selama tiga hari. 

Selain itu, beberapa cabang seperti di Julau dan Tawau dikatakan mungkin mengadakan pemilihan semula. 

Pemilihan KEADILAN Cabang Julau Sabtu lalu terhalang oleh hujan lebat, yang membatasi kehadiran pengundi serta terdapat tuduhan serangan perisian hasad pada komputer yang digunakan untuk sistem e-undi, menyebabkan pemilihan di sana digantung pada sekitar jam 2 petang. 

Sementara itu, di Tawau, terdapat dakwaan gangguan komputer membolehkan pemilih untuk mengundi beberapa kali. - mk 
Tumpang sekole.

Foto Otai BERSIH.
Sebab tu Rafizi blh buat sesuka hati tangguhkan pemilihan. Teruskan pemilihan n sebagai nya... rafizi main segala kotor, namun tetap rafizi kalah... Takdir Tuhan lagi hebat...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena