Tuesday 13 November 2018

[Video Susu hilang setahun, menteri dulu pun tak tahu ke mana pergi] Rosmah MANSOR, Rizal MANSOR & Adnan MANSOR ke SPRM esok..

Selasa, 13 November 2018
Image result for kalau UMNO kalah habislah Melayu
Foto Suara Rakyat.
WOWW ! 
Rosmah MANSOR
Rizal MANSOR
.. akan didakwa berkaitan kes penyelewengan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Adnan MANSOR
.. akan didakwa berkaitan kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
NAMPAK TAK !!

Rosmah, Tengku Adnan dan Rizal ke SPRM esok

Isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor adalah antara individu yang menerima notis hadir ke SPRM esok untuk membantu siasatan.
Portal Utusan Malaysia yang memetik sumber, melaporkan selain kedua-dua individu itu, turut menerima notis sama adalah bekas pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor.
“Mereka dikehendaki hadir ke ibu pejabat SPRM pada pukul 9 pagi esok berhubung siasatan yang sedang dijalankan SPRM,” kata sumber itu hari ini.
Mengikut sumber itu, semua mereka akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur Khamis ini atas pertuduhan beberapa kes penyelewengan dan salah guna kuasa semasa era pentadbiran kerajaan BN terdahulu.
Sumber itu tidak menolak kemungkinan mereka akan ditahan di lokap SPRM.
Akhbar itu hari ini melaporkan Rosmah dan Rizal akan didakwa berkaitan kes penyelewengan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.
Selain itu, Tengku Adnan yang juga adalah ahli parlimen Putrajaya bakal didakwa di mahkamah sama berkaitan kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Baru-baru ini, media melaporkan sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion disiasat oleh satu pasukan khas ditubuhkan Kementerian Wilayah Persekutuan serta SPRM sejak 31 Julai lalu.
Pada bulan lalu, Tengku Adnan mengakui SPRM memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah tersebut.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena