Tuesday 13 November 2018

[Video Riuh! Zahid & Noh Omar menyebut Belanjawan DAP Bukan Bajet Rakyat...BANGGANG!] Najib: Selamat menduduki SPM , buatlah yg terbaik! Yg menduduki exam SPRM pun kena jawab dgn baik, Kah3. Ada lagi yang akan 'masuk dalam', kata Maszlee.

Selasa, 13 November 2018
Image result for kalau UMNO kalah habislah Melayu
Foto Otai BERSIH.
He..He..Exam SPRM lebih getir!

Ada lagi yang akan 'masuk dalam', kata Maszlee

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sekali lagi menjadi perhatian berkaitan dakwaan rombakan kabinet yang dikatakan akan dibuat dalam masa terdekat.
Bercakap dengan pemberita di Parlimen hari ini, beliau menegaskan khabar angin itu hanyalah usaha mengalihkan perhatian rakyat terhadap tindakan undang-undang terhadap pemimpin pentadbiran BN yang sedang berjalan.
"Saya ingin tegaskan, ini semua adalah langkah mengalih perhatian, satu red herring, daripada isu sebenar.
"Isu sebenarnya akan ada orang yang 'masuk dalam' sedikit masa lagi. Tolong perhati apa yang berlaku di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah, dan bukan seorang dua sahaja, ramai lagi akan ikut. Itu saya pasti,” katanya.
Nama Maszlee antara yang disebut-sebut terlibat dalam dakwaan rombakan kabinet itu, susulan perhatian orang ramai terhadap beberapa isu seperti bayaran balik PTPTN dan langkahnya menjadi presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau bagaimanapun telah memaklumkan setuju untuk melepaskan jawatan di universiti itu susulan kritikan pelbagai pihak.
Mengulas lanjut, bekas pensyarah itu berkata khabar angin rombakan kabinet tidak masuk akal kerana beliau baru saja mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada minggu lalu berkenaan rombakan kurikulum sekolah.
“Tak masuk akal (kerana) Dr Mahathir minta saya rombak kurikulum sekolah yang akan memakan masa, dan tiba-tiba nak rombak kabinet pula?
"(Ketika pertemuan) beliau kata tolong teruskan perjuangan untuk mengubah minda rakyat Malaysia. Itu aspirasinya dan beliau mahu saya teruskannya," katanya lagi.
Justeru ketika ditanya sama ada kedudukannya di kementerian itu selamat buat masa ini, beliau terus mengiyakannya.
"Semua orang 'selamat'," katanya lagi.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena