Kabilah UMNO yang meroyan separuh sasau cuba menjaja 'ketuanan Melayu' sebagai tangkal azimat politik yang mereka perdagangkan sejak 61 tahun berkuasa. Dari era Tunku sampai era Mahathir yang menjadi PM selama 22 tahun dongeng 'ketuanan Melayu' tidak menjadi isu politik yang memecahbelahkan masyarakat majmuk di negara ini.
Mengapa? Kerana kepimpinan mantan Tunku sampai era Mahathir dianggap paling baik dibandingkan era 'Islam Hadhari' Pak Lah dan era penyamun kelas cakrawala Najib.
Bila jembalang UMNO 'memperjuangkan' ' ketuanan Melayu' setelah ditendang rakyat dari Putrajaya pada PRU 14 maka dongeng mereka dianggap separuh sasau, dan ketinggalan zaman. Mereka patut bertanya diri sendiri mengapa UMNO yg berkuasa selama 61 tahun ditendang oleh rakyat sekiranya perjuangannya berporoskan aspirasi rakyat?
Ingat Melayu jadi PM dan MB semua negeri, pegawai-.pegawai tinggi kerajaan semua Melayu, alim ulamak dari sekolah pondok sampai Al-Azhar pembaca doa kunut dan talqin semua Melayu, yang menjadi ketua agama Islam setiap negeri juga raja Melayu. Mengapa Melayu bangsat di buminya sendiri? Mengapa Tanah Rezab Melayu kini tinggal 12% dari berjuta ekar yg dikekalkan oleh penjajah British dulu?
Apakah 'ketuanan Melayu' yg didongengkan sebagai tangkal azimat politik UMNO membawa rahmat kepada rakyat? Nahe,nahe. Sebenarnya elit super korup pemimpin UMNO, termasuk golongan berkuasa dan istana memperjudikan nasib Melayu untuk kepentingan tembolok dan perut buncit mereka.
Sejak Pak Lah dan Najib berkuasa orang Melayu sendiri menjadi jelak, muak dan benci terhadap kerakusan, kezaliman dan kemunafikan para pemimpin Melayu yg kehilangan maruah, hargadiri dan super korup. Mereka inilah yg bangsatkan Melayu. Sebenarnya dalam perlembagaan negara sudah dikeramatkan hak dan kepentingan Melayu/Bumiputra dan Islam.
Ini 'social contract' yang dipersetuji oleh semua kaum. Malangnya para pemimpin Melayu dari berbagai golongan mengkhianati janji keramat tersebut. Mereka inilah pengkhianat Melayu, Islam dan negara. Kerajaan kesultanan Melayu Melaka dihancurkan oleh para penguasa yg super rasuah.
Sejarah korupsi, kezaliman dan kemunafikan para pembesar Melayu di zaman fiudal terus berulang hingga sekarang. Kehancuran UMNO patut menginsafi semua pihak. Slogan ' ketuanan Melayu' sudah hilang roh dan semangat perjuangannya. Hari ini rakyat berkuasa.
Allah yang menentukan nasib setiap insan termasuk manusia yg miskin sampai ke istana. Sekali air bah sekali pasir berubah. Yang menentukan nasib bangsa, agama dan negara adalah rakyat jelata dengan izin Allah. Slogan 'ketuanan Melayu' sudah terkubur dengan talqinnya UMNO. - Yahaya Ismail
Tumpang sekole.
0 comments:
Post a Comment