Wednesday 16 October 2013

JPA : "Jauhi" program bersama Anwar Ibrahim di Australia...

Rabu, 16 Oktober 2013
pedangberbisa.wordpress.com 
Amaran jangan hadir program Anwar

KUALA LUMPUR: Satu notis berbunyi amaran dikeluarkan oleh kerajaan agar pelajar Malaysia di Australia, "menjauhi" program bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Notis tersebut didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), merujuk kepada program sesi awam bersama Anwar di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’ yang dijadual berlangsung di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober ini.

Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog dengan hadirin pada program tersebut.

“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.

“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.

“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.

Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).HD.
Kenapa mahasiswa dilarang ke program Anwar?
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: PKR hari ini menuntut penjelasan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung satu emel kepada mahasiswa Australia berkaitan 'larangan' menghadiri program Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Oktober ini.

"Di sini saya ingin meminta penjelasan dari pihak JPA dan khususnya JPA Advisor Office, Consulate of Malaysia di New South Wales apakah benar emel ini telah dihantar oleh pegawai berkenaan?

"Jika benar, insiden ini membawa implikasi besar terhadap kebebasan akademik mahasiswa yang dihantar untuk belajar di luar negara," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Beliau merujuk kepada satu emel yang dikatakan telah dihantar oleh seorang "Penasihat Pelajar JPA" kepada pelajar yang berbau ugutan dan ancaman jika hadir ke program bersama Ketua Pembangkang itu.

Antara lain, kandungan emel tersbut berbunyi; "Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pihak terlibat."

Anwar dijangka menyampaikan pidato pada program Adelaide Festival of Ideas bertajuk "Dissent and Democracy: an Audience with Anwar Ibrahim" pada tarikh tersebut.

"Mengapa emel yang ditulis sebegini rupa, yang lebih berbentuk "ancaman" dari "nasihat", perlu dihantar? Adakah ia sebahagian dari Standard Operating Procedure JPA?

"Mengapa Umno membenarkan budaya mengongkong minda mahasiswa menular sebegini rupa, khusus apabila sesuatu aktiviti itu melibatkan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat terutamanya pimpinan tertinggi," soalnya.

"Jika emel ini benar telah dihantar, maka jelas kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran UMNO-BN teramat paranoid dan terancam dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim hingga mahasiswa pun menjadi sasaran ancaman," katanya. HD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena